Showing posts with label PPD daerah. Show all posts
Showing posts with label PPD daerah. Show all posts

Monday, February 1, 2010

Lagi info PPD.BP

Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Tapah mempelawa kepada semua guru agama sekolah menengah dan sekolah rendah yang berminat untuk permohonan menduduki Peperiksaan Tauliah Mengajar Agama, sila dapatkan borang tersebut di Unit Pendidikan Islam PPD Batang Padang.

Borang dan pemprosesan adalah percuma.

Mohon kerjasama sekolah memaklumkan kepada Ketua Panitia untuk dimaklumkan kepada semua guru agama sekolah.

Sebarang urusan sila rujuk Tn. Hj. Mohd Halim bin Hj. Musa atau hubungi talian 017-3220665

Kerjasama pihak tuan untuk memartabatkan institusi dakwah agama islam amat kami hargai dan semoga diberkati Allah.

Terima kasih.
- link dari sini

Thursday, January 28, 2010

Info dari PPD

Info Semasa dari PPD...

Assalamualaikum,

Pohon kerjasama pihak sekolah memuat turun borang
DATA GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH
DAERAH BATANG PADANG TAHUN 2010
untuk diisi maklumat seterusnya dihantar semula secara online
ke alamat email yang dilampirkan
pada atau sebelum 5 Februari 2010.

Keperihatinan tuan didahului dengan terima kasih.

Wednesday, May 20, 2009

Isu Guru di Berita Harian

Pegawai kementerian patut pantau P&P guru bukan fail pentadbiran

* dipetik dari blog http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/

~~~~~~~~~~

MASIH belum terlewat mengucapkan Hari Guru kepada semua warga pendidik. Apa yang menarik perhatian saya ialah supaya Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menyemak semula mekanisme yang ada untuk melihat sama ada guru menjalankan tugas mereka atau tidak.

Kerap kali apabila pemantau datang ke sekolah (termasuk dari JPN), apa yang mereka ingin lihat ialah fail pentadbiran seperti fail induk panitia, kantin dan keselamatan. Apabila fail tidak lengkap atau dokumen tertentu tidak ada dalam fail, guru yang bertanggungjawab menguruskan fail itu akan dilabel dengan panggilan biasa, 'tak buat kerja.'

Soalnya, adakah itu tugas guru? Jika kita kata kerja guru adalah mengajar dan mendidik, adakah melengkapkan fail pentadbiran sebahagian daripada tugas mereka?

Dengan kata lain, bagaimanakah fail yang sudah dilengkapkan itu boleh membantu meningkatkan prestasi murid jika guru asyik sibuk mengumpul dan membuat dokumen sehingga proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) terabai?

Bukan apa, semua fail itu sulit dan tidak pernah dilihat murid. Jadi, bagaimanakah fail itu akan membantu murid meningkatkan prestasi?

Dalam pentadbiran pendidikan di negara kita, pihak atasan cuma melihat dokumentasi dalam bidang pentadbiran dan pemantau boleh datang lebih empat kali setahun (panitia daerah, negeri, JPN dan Pejabat Pelajaran Daerah), sedangkan pemantauan untuk P&P dibuat hanya dua kali setahun, itupun mereka hanya duduk 10 minit dalam kelas.

Sempatlah melihat guru dan murid mengucap salam dan guru memberitahu murid apa yang akan dipelajari hari itu, kemudian mereka akan keluar. Tetapi kalau memantau hal pentadbiran, mereka boleh duduk di sekolah sepanjang hari.

Guru yang tidak melengkapkan fail juga akan menerima akibat yang keterlaluan iaitu dipanggil dan disoal oleh penolong kanan dan pengetua. Jika guru terbabit orang kanan ketua panitia, dia akan disoal oleh ketua panitia juga. Malah, jika guru yang sebenarnya bertanggungjawab ke atas fail itu tidak hadir pada hari pemantauan, ahli jawatankuasa di bawahnya pula yang kena tempias.

Sampai begitu sekali penekanan kepada hal pentadbiran. Jika kita kata kerja guru ialah mengajar, apa yang sepatutnya dilihat dan ditekankan ialah P&P, buku latihan murid, alat bantu mengajar dan laporan peningkatan prestasi (markah) dan sahsiah murid berdasarkan pemerhatian tiga pihak, ibu bapa, guru dan pemantau.

Jika perlu, mungkin boleh melihat program kelas tambahan. Jadi, pihak pentadbir dan pemantau sepatutnya perlu berada lama sedikit di sekolah (beberapa bulan sekurang-kurangnya) untuk melihat perkembangan murid hasil didikan guru di sekolah itu. Jika setakat hendak melihat fail, tidak perlu datang dan saya percaya fail boleh dihantar ke pejabat mereka dan dikembalikan semula ke sekolah.

Saya percaya, jika mekanisme pemantauan ke atas tugasan harian guru difokuskan kepada pentadbiran, seperti kakitangan kerajaan lain, guru pun bimbang jika ada rekod buruk dalam buku rekod perkhidmatan mereka.

Saya meminta pentadbiran pendidikan kita kembali kepada perkara asas dan berhentilah membuat program dan projek besar-besar yang hanya menguntungkan murid tertentu di sekolah bandar dan beri ruang untuk guru menumpukan kepada P&P.

Tidak perlu lagi kepada ISO jika ia sudah melarikan perhatian kita kepada apa yang sepatutnya menjadi fokus kita.

Jangan taksub kepada ISO, ia bukan garis panduan terbaik untuk semua perkara kerana ISO menekankan kepada dokumentasi semata-mata, padahal proses dokumentasi mengambil masa yang sebenarnya boleh digunakan untuk membuat perkara yang selaras dengan matlamat pendidikan.

Berhentilah melihat minit mesyuarat, catatan kehadiran, laporan itu dan ini, dokumen itu dan ini dan pandanglah kepada guru kita ketika mereka mengajar dalam kelas.

AKMAL FAIRUZ,
Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa (IPBA),
Jalan Pantai Baru.

Berita Harian Online: 19 Mei 2009
~~~~~~~~~~~

GPI SKSV: Saya mengalu-alukan komen dari warga pendidik berkaitan isu ini. Juga komen dari pihak PPD atau JPN yang ada mengunjungi blog ini, apa pula komen anda?


Wednesday, March 11, 2009

Laporan Bergambar MTQ & Mahrajan Daerah

MAJLIS TADARUS AL-QURAN & MAHRAJAN KESENIAN ISLAM
DAERAH BATANG PADANG 2009

Tarikh : 11 Mac 2009 (Rabu)
Masa : 8.00 pg - 2.30 ptg
Tempat : SK Seri Besout

Peserta SKSV:
1. Amirus Syahir B. Amizan : Hafazan L
2. Mohd Firdaus Azri B. Safri : Rawi L
3. Nurul Izzati Bt. Badiuzzaman : Rawi P
dan seorang guru pengiring..



Berkobar-kobar.. dengan nombor giliran tersemat di baju masing-masing



A: Seorang Qariah yang memperdengarkan bacaan
B: Peserta Hafazan L sedang menunggu giliran
C: Banner di pentas utama.. ada beberapa kesalahan ejaan jawi.. cuba kenal pasti?
D: Hakim acara Tilawah..



A: Barisan panel hakim.. yang arif lagi bijaksana-sini..
B: Psst! macam mana eja Masyitah ek? Ta marbutah ke?
C: Nurul Izzati sedang memperdengarkan bacaan Rawi.. giliran ke 8. Ustaz kena duduk luar..
D: Firdaus Azri.. peserta lelaki giliran terakhir


A: Johan Nasyid.. SK Perlop.
B: Hakim Nasyid
C: Naib Johan Nasyid.. SK Toh Tan Dewa Sakti
D: Antara Guru Besar yang hadir..


A: Jemput makan... mulakan dengan basmalah.
B: Keceriaan di wajah GPI Kuala Slim, Seri Bidor dan Besout 3
C: Sedapnya air ni.. perisa strawberry!
D: Formasi atas pentas yang menarik..



A: Ucapan GB SK Seri Besout (Tuan Rumah hari ini)
B: Ucapan Penyelia Unit Pend. Islam Daerah Btg. Padang ( Tn. Hj. Bahruddin B. Sulaiman)
C: dengan ini.. saya merasmikan...
D: Lambat lagi ke? ngantuknya...tidur la kejap..


Tersenyum girang.. di tangan masing-masing sampul SAGUHATI bernilai.. RM.. berapa?



Friday, February 27, 2009

Kursus MTQ & Mahrajan



Kursus Pemantapan Majlis Tadarus Al-Quran dan Mahrajan Kesenian Islam bagi guru-guru Pendidikan Islam Daerah Batang Padang tahun 2009 telah diadakan pada 24, 25 dan 26 Februari 2009 bertempat di Dewan SK Seri Besout, Sungkai, Perak. Kursus tersebut mengikut bidang yang telah ditetapkan adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada guru-guru Pendidikan Islam dalam persiapan menghadapi MTQ dan mahrajan.

Jadual Kursus & Wakil SKSV
24 Februari : Tilawah dan Tahfiz Al- Quran: Pn. Rosmawati
25 Februari : Kompang Selawat dan Nasyid : En. Shariffuddin
26 Februari : Bercerita Kisah-kisah dari Al-Quran.

Fasilitator @ Penceramah:

Tilawah: Us. Shamsul Ariffin (Qari Kebangsaan)
Tahfiz: Us. Shukri (Qari Wilayah)
Kompang & Nasyid: Us. Rezdwan (Hakim Nasyid KPM Kebangsaan )
Bercerita : -tiada info-

Kursus ini adalah anjuran Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang. Diharap dengan adanya kursus sebegini akan dapat meningkatkan lagi kualiti serta kejayaan para pelajar Daerah Batang Padang ini diperingkat yang lebih tinggi.

* Kredit kepada SK Seri Bidor yang sudi berkongsi gambar untuk tatapan pengunjung. Syukran. GPI SKSV tidak membawa kamera semasa menghadiri kursus ini. Berita ini juga dipetik dari laman blog SK Seri Bidor (dengan izin Insya Allah)

Friday, September 5, 2008

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin