Showing posts with label Batang Padang. Show all posts
Showing posts with label Batang Padang. Show all posts

Tuesday, May 4, 2010

Ragbi Bawah 12 Tahun (updated)

KEJOHANAN RAGBI
MSSD BATANG PADANG
BAWAH 12 TAHUN 2010




KUMPULAN A KUMPULAN B

A1 : SK POS BERSIH B1 : SK POS JERNANG
A2 : SK SLIM VILLAGE B2 : SK SERI BESOUT
A3 : SK SATU, TAPAH B3 : SK PROTON CITY



JADUAL PERLAWANAN

1. A1 vs A2 : 8.30 pagi
2. B1 vs B2 : 9.00 pagi
3. A2 vs A3 : 9.30 pagi
4. B2 vs B3 : 10.00 pagi
5. A3 vs A1 : 10.30 pagi
6. B3 vs B1 : 11.00 pagi
7. Johan A vs N.Johan B : 11.30 pagi
8. Johan B vs N. Johan A: 12.00 tgh
9. FINAL BOWL: 12.30 tgh
10.FINAL PLATE: 1.00 ptg
11.FINAL CUP : 1.30 ptg

~~~~~~~~~~~~~~~

Final Cup :
SK SERI BESOUT 55 : SK SLIM VILLAGE 7

Final Plate:
SK PROTON CITY 31 : SK POS BERSIH 5

Final Bowl:
SK POS JERNANG 22 : SK SATU, TAPAH 5

* Untuk melihat gambar, sila lihat di Facebook Shariff Ahmad

Tuesday, April 14, 2009

Bola Tampar (P) Peringkat Daerah BP 2009

Pertandingan Bola Tampar Perempuan
Bawah 12 Tahun SR Daerah Batang Padang 2009.
Tarikh: 14 April Selasa
Masa: 8.00 - 5.30 pm

Seperti semalam, penulis juga tidak mengulas dengan
terperinci setiap gambar yg dipaparkan di bawah.

Semuanya ada...


KLIK PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT
DENGAN LEBIH JELAS DAN BESAR



















Sunday, April 12, 2009

Naib Johan Daerah BP Model Kerjaya Karnival Kaunseling

Pada hari Sabtu 11 April 2009 yang lalu, SKSV telah menyertai "KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG 2009" yang bertempat di SM Teknik Slim River.

Dengan Tema: "Sains dan Teknologi Asas Keutuhan Ekonomi Negara", pada tahun ini buat julung kalinya, Unit Bimbingan & Kaunseling SKSV menyertai 2 acara serentak iaitu Poster Kerjaya dan Model Kerjaya. Acara lain yang tidak disertai pada tahun ini ialah Folio Kerjaya. (tahun depan.. Insya Allah)

Berikut adaalah nama peserta dan acara yang disertai oleh SKSV:

1. Poster Kerjaya: Mohd Redzwan B. Ab. Rahman (Tahun 6)


2. Model Kerjaya:

Ketua Kumpulan:
Nurul Izzati Bt. Badiuzzaman

Pembantu:
Nur Syakila Bt. Roslan
Mohd. Zaidi B. Jamaluddin

Guru yang terlibat dalam melatih dan membimbing murid-murid ini ialah:
Poster Kerjaya: Pn. Inas Bt. Baharom
Model Kerjaya: En. Shariffuddin B. Ahmad & En. Zakaria B. Abdullah Sani
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam pada hari tersebut...




GAMBAR 1
A: Sedang menanti di bilik APD tempat acara Model Kerjaya bakal dijalankan.
B: Redzwan SKSV sedang khusyuk melukis.
C: Pemandangan dalam bilik acara Melukis Poster
D: Acara Eksplorasi Alam Kerjaya


GAMBAR 2
A: Hasil kerja SMK Sg. Kruit
B: Kami dah ready ni... Alamak! giliran terakhir.. lambat lagi la..
C: Ini pula hasil kerja SMK...
D: Peserta giliran 1 Model Kerjaya (Ahli Aeroangkasa)


GAMBAR 3
A: Boring menunggu giliran.. Kita 'snap' gambar dulu.. TQ pd Kaunselor SK Trolak Selatan.
B: Kami ingin menjadi DOKTOR VETERINAR ( SK Tapah)
C: Kerjaya pilihan kami ialah PAKAR FORENSIK (JENAYAH) Peserta dari SK Seri Besout ini menjadi JOHAN Model Kerjaya, walaupun hanya menggunakan 2 peserta sahaja, tidak membawa sebarang 'prop' tetapi kelancaran dan penyampaian yang menarik serta diakhiri dengan 'multimedia show' pastinya menarik minat para hakim. (KITA PUN KENA BUAT MACAM NI JUGAK...)
D: Kerjaya yang ingin saya persembahkan ialah Doktor Gigi.

GAMBAR 4
A: Ini adalah antara haiwan yang selalu berkunjung ke klinik kami.. hehehe (Veterinar)
B: Persembahan dari SK Batu 14.. Kaunselornya memilih Murid tahun 4 dan terdiri daripada murid Melayu & OA. Syabas kepada mereka. Satu pendedahan yang berani dan mencabar.
C: Selepas tamat persembahan terakhir. Redzwan juga ingin mencuba baju 'safety helmet & vest'.
D: Laparnya.. tadi tak lalu nak makan, lepas tamat presentation.. terus menuju ke kantin. Dimulakan dengan bismillah...


GAMBAR 5
A: Satu persembahan dalam acara 'Sketsa Kerjaya'. Tetapi audien tidak mendengar apa-apa dialog mereka kerana ketiadaan mikrofon. Harap penganjur beri perhatian.
B&C: Antara 'Kain Rentang' yang menarik..
D: Kehadiran PK Koku SKSV memberi semangat dan galakan kepada para peserta Model & Poster Kerjaya.


GAMBAR 6
A: Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, peliharalah akhlak murid kami, peliharalah maruah mereka, pelihara budi pekerti mereka, semoga mereka menjadi insan yang sempurna duniawi dan ukhrawi. Amin.. Amin.. ya Rabbal Alamin. (Pembaca Doa di Majlis Penutup - bidan terjun je ni..)
C: Inilah pengubat kekecewaan Team SKSV.. yang mensasarkan untuk menjadi JOHAN.. tapi dapat NAIB JOHAN. Syukur la tu.. Dah la 1st time masuk.. terus target Johan... emm.. Tak apa.. tahun depan kita try lagi... kan Cikgu Zack?
D: Hadiah tadi disampaikan oleh En. Ab. Hamid B. Fazal Mohamad (Pengetua SM Teknik Slim River), diiringi oleh En. Fauzi Siron (PPD) dan Ustaz Ismail YDP Majlis Guru Kaunseling Perak & juga Kebangsaan

**************************
SENARAI NAMA PEMENANG
(yang akan mewakili Kontinjen Daerah Batang Padang ke peringkat Negeri)


* Folio Kerjaya SR : SK TG. MALIM

* Poster Kerjaya SR : SJKC CHONG HUA 2, BIDOR

* Model Kerjaya: SK SERI BESOUT, SUNGKAI

* Kain Rentang: SMK FELDA BESOUT

* Folio Kerjaya SM : SMK METHODIST TG. MALIM

* Poster Kerjaya SM : SMK CHONG HUA, BIDOR

* Pembinaan Media Maklumat: SMK METHODIST TG. MALIM

* Eksplorasi Alam Kerjaya : SMK AGAMA SLIM RIVER.

* Sketsa Kerjaya: SMK BUYONG ADIL, TAPAH

~~~~~~~~~~
Walaupun beroleh Naib Johan, pastinya warga SKSV boleh berbangga dengan kejayaan ini, kerana ianya menambah lagi senarai kejayaan yang telah kita kecapi pada tahun 2009. Penulis tidak segan silu untuk mengatakan tahun ini tahun yang 'bertuah' untuk kita semua...

Kata orang : " Ukur baju di badan sendiri.. Orang di sana.. fikirlah sendiri"



Wednesday, March 11, 2009

Laporan Bergambar MTQ & Mahrajan Daerah

MAJLIS TADARUS AL-QURAN & MAHRAJAN KESENIAN ISLAM
DAERAH BATANG PADANG 2009

Tarikh : 11 Mac 2009 (Rabu)
Masa : 8.00 pg - 2.30 ptg
Tempat : SK Seri Besout

Peserta SKSV:
1. Amirus Syahir B. Amizan : Hafazan L
2. Mohd Firdaus Azri B. Safri : Rawi L
3. Nurul Izzati Bt. Badiuzzaman : Rawi P
dan seorang guru pengiring..



Berkobar-kobar.. dengan nombor giliran tersemat di baju masing-masing



A: Seorang Qariah yang memperdengarkan bacaan
B: Peserta Hafazan L sedang menunggu giliran
C: Banner di pentas utama.. ada beberapa kesalahan ejaan jawi.. cuba kenal pasti?
D: Hakim acara Tilawah..



A: Barisan panel hakim.. yang arif lagi bijaksana-sini..
B: Psst! macam mana eja Masyitah ek? Ta marbutah ke?
C: Nurul Izzati sedang memperdengarkan bacaan Rawi.. giliran ke 8. Ustaz kena duduk luar..
D: Firdaus Azri.. peserta lelaki giliran terakhir


A: Johan Nasyid.. SK Perlop.
B: Hakim Nasyid
C: Naib Johan Nasyid.. SK Toh Tan Dewa Sakti
D: Antara Guru Besar yang hadir..


A: Jemput makan... mulakan dengan basmalah.
B: Keceriaan di wajah GPI Kuala Slim, Seri Bidor dan Besout 3
C: Sedapnya air ni.. perisa strawberry!
D: Formasi atas pentas yang menarik..



A: Ucapan GB SK Seri Besout (Tuan Rumah hari ini)
B: Ucapan Penyelia Unit Pend. Islam Daerah Btg. Padang ( Tn. Hj. Bahruddin B. Sulaiman)
C: dengan ini.. saya merasmikan...
D: Lambat lagi ke? ngantuknya...tidur la kejap..


Tersenyum girang.. di tangan masing-masing sampul SAGUHATI bernilai.. RM.. berapa?



Tuesday, March 10, 2009

Sukan Pendidikan Khas Daerah B.P.

KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS
PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG 2009


Tarikh : 4 dan 5 Mac 2009
Masa : 2.30 ptg – 5.00 ptg & 8.00 pg - 1.00 ptg
Tempat : Kompleks Rakan Muda , Kampar , Perak


Kontinjen SK Slim Village telah menghantar seramai 14 peserta yang disertai oleh 4 orang guru, seorang pembantu pengurusan murid dan 9 orang murid Pendidikan Khas.

Acara yang dijalankan selama 2 hari ini telah disertai oleh wakil-wakil dari 13 buah program integrasi pendidikan khas peringkat daerah.

Senarai nama Kontinjen SK Slim Village

1. Pn Adila bt Osman ( Ketua Kontinjen )
2. Pn Rosnani bt Din ( Penolong Ketua Kontinjen dan Pengurus Peserta )
3. En Muhammad Farhan bin Samsudin ( Pengurus BP Lelaki )
4. Cik Gomathi a/p Kalimuthu ( Pengurus BP Perempuan )
5. Cik Siti Nursofiana bt Sopian ( Pengiring Murid )
6. Husin Bin Abu Bakar ( Peserta )
7. Earen a/l Ramlan ( Peserta )
8. Andry a/l Rahim ( Peserta )
9. Calvin Luis a/l Johnson ( Peserta )
10. David Luis a/l Johnson ( Peserta )
11. Muhammad Shah Airul Aiman bin Rully Andrian Shah ( Peserta )
12. Norazliza bt Ali Aziz ( Peserta )
13. Mas Niza a/p Pinang ( Peserta )
14. Puteri Najwa bt Samsul Naprin ( Peserta )

Kebiasaannya kejohanan olahraga biasakan dijalankan di padang-padang sekolah . Akan tetapi pada tahun ini pihak pengelola telah mengadakan di Kompleks Rakan Muda, Kampar yang suasananya seakan-akan stadium. Ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid bagaimana suasana sebenar seandainya mereka terpilih di peringkat yang seterusnya .

Acara yang disertai oleh peserta-peserta dari SK Slim Village adalah acara 100m , 200m, 4x100m , lompat jauh , lontar peluru dan 50 m kategori down sindrom. Hanya peserta yang menyertai acara 50m down sindrom iaitu Muhammad Shah Airul Aiman bin Rully Andrian Shah sahaja yang berjaya meraih johan.

Manakala peserta yang menyertai acara lain tidak berjaya meraih sebarang tempat. Namun begitu pengalaman dan pendedahan yang mereka dapat tidak ternilai harganya dan akan meneruskan usaha yang lebih gigih pada tahun-tahun yang berikutnya .





Kontinjen SKSV bersama Pn. Hjh. Siti Jamaliah (PK Koku SKSV)



Ceria.. sebelum perbarisan



Kuartet 4 x 100 M lelaki



Peserta SKSV di lorong paling kanan dalam gambar (Masniza)



Sentiasa ceria.. 1..2... snap!

.




Thursday, February 19, 2009

Olahraga Daerah B.P 2009

KEJOHANAN OLAHRAGA DAERAH BATANG PADANG 2009
Venue: Stadium Proton, Bandar Proton, Tanjong Malim.


Hari ini, SKSV menghantar beberapa atlit dalam acara akhir yang dilangsungkan pada sebelah petang.. dan berikut adalah beberapa yang sempat dikumpulkan oleh penulis untuk tatapan semua guru SKSV dan pengunjung blog lain.


A: Acara 100M Lari Berpagar
B: Ke garisan.. sedia..
C: Alamak! Ada kamera la..ni yang susah nak lari ni.. (Wakil SKSV ini tidak dapat menamatkan larian kerana terjatuh selepas lompatan pagar yang pertama.. dan terus menarik diri.. Jurukamera tergamam dan tak sempat ambil gambar berkenaan. Harap maaf.)
D: Acara 200M Akhir Perempuan (wakil kita ialah Asmi Hasna)


A: Kelihatan Asmi sedang mengambil selekoh dengan yakinnya..
B: Gambar tidak jelas. Pelari masih jauh..
C: Ketika ini Asmi masih di depan. Jarak berbaki kurang 100M. Namun, terdapat sedikit masalah dan dia tidak dapat mengekalkan tempo lariannya.. dan menamatkan larian di tempat ketiga. Pingat Gangsa untuk SKSV..
D: Acara 200M Akhir Lelaki (tiada wakil ) Dimenangi oleh SK Seri Bidor


A: Teka.. siapakah yang berbaju coklat itu?
B: Suasana di Grand Stand Stadium Proton.
C: Kelihatan di belakang kawasan gol.. acara Lompat Jauh sedang berlangsung
D: Pemuda berbaju coklat ini membawa murid SKSV


A: Sopan sungguh pemuda ini. Mintak lalu di trek?? Calon menantu sejati...
B: Nak kemana tu? Nampak ke kamera ni?
C: Peserta 4 x 100 M Lelaki akhir sedang mendengar taklimat.
D: 4 murid kita 4 x 100 Akhir Perempuan (wakil kita di dalam petak putih)


A: Pelari kedua pergi sana! Nampak tak cikgu yang pegang bendera putih tu???
B: Ke garisan.. sedia.. SKSV di Lorong 2
C: Kaisaria sedang menunggu.. Kakinya? Tanpa kasut...
D: Pelari akhir pula ke belakang. Wakil kita ialah Asmi Hasna, bertudung dan baju putih. Lorong 2.


A: Bergambar sebelum pulang.. Bersama guru pengiring, pengurus dan jurugambar.
B: Dia ni akan wakil daerah ke peringkat negeri nanti! Acara Lompat Jauh
C: Murid: Kiri: Zira, Kaisaria, Asmi Hasna, Hanani dan Amirul Sufian
D: Record-breaker Long Jump 3.80M! Kaisaria a/p Kamaruddin..Old record 3.70M. Proud to be SKSVian...

Pencapaian setakat ini: 1 emas dan 1 gangsa. Tahniah! Not bad...


Thursday, January 22, 2009

Perjumpaan Ketua Panitia Pendidikan Islam

Dimaklumkan.. sekarang sedang berlangsung perjumpaan Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah Rendah Daerah Batang Padang bersama Penyelia Pendidikan Islam. Tn. Hj. Baharuddin.

Tarikh: 22 Januari 2009
Hari: Khamis
Masa: 2.30 ptg
Tempat: Pusat Kecemerlangan Sukan PPD, Tapah.
(lebih dikenali sebagai PPD Lama)


*Pastinya banyak input dan maklumat yang ingin disampaikan oleh Penyelia di awal tahun sebegini.

****
Panitia Pendidikan Islam SKSV mengambil kesempatan ini untuk mengedarkan (menjual) Kalendar Panitia SKSV kepada semua Ketua Panitia dari sekolah lain. Semoga mendapat sambutan.




.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin