Showing posts with label kejayaan. Show all posts
Showing posts with label kejayaan. Show all posts

Sunday, April 12, 2009

Naib Johan Daerah BP Model Kerjaya Karnival Kaunseling

Pada hari Sabtu 11 April 2009 yang lalu, SKSV telah menyertai "KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG 2009" yang bertempat di SM Teknik Slim River.

Dengan Tema: "Sains dan Teknologi Asas Keutuhan Ekonomi Negara", pada tahun ini buat julung kalinya, Unit Bimbingan & Kaunseling SKSV menyertai 2 acara serentak iaitu Poster Kerjaya dan Model Kerjaya. Acara lain yang tidak disertai pada tahun ini ialah Folio Kerjaya. (tahun depan.. Insya Allah)

Berikut adaalah nama peserta dan acara yang disertai oleh SKSV:

1. Poster Kerjaya: Mohd Redzwan B. Ab. Rahman (Tahun 6)


2. Model Kerjaya:

Ketua Kumpulan:
Nurul Izzati Bt. Badiuzzaman

Pembantu:
Nur Syakila Bt. Roslan
Mohd. Zaidi B. Jamaluddin

Guru yang terlibat dalam melatih dan membimbing murid-murid ini ialah:
Poster Kerjaya: Pn. Inas Bt. Baharom
Model Kerjaya: En. Shariffuddin B. Ahmad & En. Zakaria B. Abdullah Sani
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam pada hari tersebut...




GAMBAR 1
A: Sedang menanti di bilik APD tempat acara Model Kerjaya bakal dijalankan.
B: Redzwan SKSV sedang khusyuk melukis.
C: Pemandangan dalam bilik acara Melukis Poster
D: Acara Eksplorasi Alam Kerjaya


GAMBAR 2
A: Hasil kerja SMK Sg. Kruit
B: Kami dah ready ni... Alamak! giliran terakhir.. lambat lagi la..
C: Ini pula hasil kerja SMK...
D: Peserta giliran 1 Model Kerjaya (Ahli Aeroangkasa)


GAMBAR 3
A: Boring menunggu giliran.. Kita 'snap' gambar dulu.. TQ pd Kaunselor SK Trolak Selatan.
B: Kami ingin menjadi DOKTOR VETERINAR ( SK Tapah)
C: Kerjaya pilihan kami ialah PAKAR FORENSIK (JENAYAH) Peserta dari SK Seri Besout ini menjadi JOHAN Model Kerjaya, walaupun hanya menggunakan 2 peserta sahaja, tidak membawa sebarang 'prop' tetapi kelancaran dan penyampaian yang menarik serta diakhiri dengan 'multimedia show' pastinya menarik minat para hakim. (KITA PUN KENA BUAT MACAM NI JUGAK...)
D: Kerjaya yang ingin saya persembahkan ialah Doktor Gigi.

GAMBAR 4
A: Ini adalah antara haiwan yang selalu berkunjung ke klinik kami.. hehehe (Veterinar)
B: Persembahan dari SK Batu 14.. Kaunselornya memilih Murid tahun 4 dan terdiri daripada murid Melayu & OA. Syabas kepada mereka. Satu pendedahan yang berani dan mencabar.
C: Selepas tamat persembahan terakhir. Redzwan juga ingin mencuba baju 'safety helmet & vest'.
D: Laparnya.. tadi tak lalu nak makan, lepas tamat presentation.. terus menuju ke kantin. Dimulakan dengan bismillah...


GAMBAR 5
A: Satu persembahan dalam acara 'Sketsa Kerjaya'. Tetapi audien tidak mendengar apa-apa dialog mereka kerana ketiadaan mikrofon. Harap penganjur beri perhatian.
B&C: Antara 'Kain Rentang' yang menarik..
D: Kehadiran PK Koku SKSV memberi semangat dan galakan kepada para peserta Model & Poster Kerjaya.


GAMBAR 6
A: Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, peliharalah akhlak murid kami, peliharalah maruah mereka, pelihara budi pekerti mereka, semoga mereka menjadi insan yang sempurna duniawi dan ukhrawi. Amin.. Amin.. ya Rabbal Alamin. (Pembaca Doa di Majlis Penutup - bidan terjun je ni..)
C: Inilah pengubat kekecewaan Team SKSV.. yang mensasarkan untuk menjadi JOHAN.. tapi dapat NAIB JOHAN. Syukur la tu.. Dah la 1st time masuk.. terus target Johan... emm.. Tak apa.. tahun depan kita try lagi... kan Cikgu Zack?
D: Hadiah tadi disampaikan oleh En. Ab. Hamid B. Fazal Mohamad (Pengetua SM Teknik Slim River), diiringi oleh En. Fauzi Siron (PPD) dan Ustaz Ismail YDP Majlis Guru Kaunseling Perak & juga Kebangsaan

**************************
SENARAI NAMA PEMENANG
(yang akan mewakili Kontinjen Daerah Batang Padang ke peringkat Negeri)


* Folio Kerjaya SR : SK TG. MALIM

* Poster Kerjaya SR : SJKC CHONG HUA 2, BIDOR

* Model Kerjaya: SK SERI BESOUT, SUNGKAI

* Kain Rentang: SMK FELDA BESOUT

* Folio Kerjaya SM : SMK METHODIST TG. MALIM

* Poster Kerjaya SM : SMK CHONG HUA, BIDOR

* Pembinaan Media Maklumat: SMK METHODIST TG. MALIM

* Eksplorasi Alam Kerjaya : SMK AGAMA SLIM RIVER.

* Sketsa Kerjaya: SMK BUYONG ADIL, TAPAH

~~~~~~~~~~
Walaupun beroleh Naib Johan, pastinya warga SKSV boleh berbangga dengan kejayaan ini, kerana ianya menambah lagi senarai kejayaan yang telah kita kecapi pada tahun 2009. Penulis tidak segan silu untuk mengatakan tahun ini tahun yang 'bertuah' untuk kita semua...

Kata orang : " Ukur baju di badan sendiri.. Orang di sana.. fikirlah sendiri"



Thursday, April 9, 2009

Naib Johan Bolasepak Daerah

Pada hari Rabu 8 April 2009 seramai 6 orang murid SKSV telah terpilih mewakili Kelompok 5 untuk Pertandingan Bolasepak Peringkat Daerah. Semua perlawanan diadakan di Padang Awam Tapah.

Murid tersebut ialah:

1. M. Amirul Sofian Mohd. Shahudi
2. Ezam
3. Jossi
4. Bah Anis
5. Mohd Rizal Adnan
6. Raja Shamsul Nizam B. Raja Mohd Kamal

Jurulatih: En. Samsul Zainal Abidin (Cg Sam)

Keputusan:

Separuh Akhir:

bertemu dengan Kelompok 6 (Tjg Malim)
MENANG 2-1.

Akhir:

bertemu dengan Kelompok 2 (Tapah) -Tuan Rumah
TEWAS 2-3

~~~~~~~~
* Tahniah juga kepada Mohd Amirul Sufian yg terpilih untuk pemilihan bagi mewakili Daerah Batang Padang ke peringkat negeri.
* Selaku pemain tengah (midfielder), antara kelebihan beliau ialah mampu melakukan tendangan yang deras dan kencang.
* Sebelum ini, beliau juga pernah terpilih untuk pasukan Ragbi Rimau Daerah Batang Padang.
* Beliau juga adalah pelari sprinter sekolah dan juga Olahragawan Sekolah 2009.



Monday, April 6, 2009

Johan Bolasepak Kelompok 5


Perlawanan Bolasepak MSSPk Kelompok 5 (Slim River) Daerah Batang Padang

Hari: Sabtu
Tarikh: 4 April 2009
Masa: 8.30 pg - 6.00 ptg

Barisan Guru dari SKSV

Penasihat: Pn. Hjh. Siti Jamaliah Ramli (GPKK)
Ketua Jurulatih: En. Syamsul Zainal Abidin
Pengurus: En. Redza A/L Ahmad
Guru pengiring: En. Mohd Amri B. Zainal Arifin
En. Khairol Hafizan B. Ismail



Keputusan Perlawanan Bolasepak yang melibatkan pasukan SKSV

Pusingan 1

1. SKSV vs SJKT Slim River
(menang 2-0)

2. SKSV vs SK Seri Besout
(seri 0-0)

Pusingan 2

3. SKSV vs SK Kuala SLim
(menang 2-0)

4. SKSV vs SK Ulu Slim
(0-0) * menang secara undian LAMBUNGAN SYILING untuk melayakkan diri ke FINAL.

Akhir

SKSV vs SK Aminuddin Baki
(menang 2-1)
beritajuga boleh dibaca di sini

***
TAHNIAH kepada pasukan bolasepak SKSV yang telah mengharumkan nama sekolah ini.
Seramai 11 orang telah terpilih untuk menjalani pemilihan pemain untuk mewakili
Kelompok 5 ke peringkat daerah.

Bolasepak peringkat Daerah: 8 April 2009
Tuan Rumah: Kelompok PKG Tapah





Tuesday, March 10, 2009

Sukan Pendidikan Khas Daerah B.P.

KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS
PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG 2009


Tarikh : 4 dan 5 Mac 2009
Masa : 2.30 ptg – 5.00 ptg & 8.00 pg - 1.00 ptg
Tempat : Kompleks Rakan Muda , Kampar , Perak


Kontinjen SK Slim Village telah menghantar seramai 14 peserta yang disertai oleh 4 orang guru, seorang pembantu pengurusan murid dan 9 orang murid Pendidikan Khas.

Acara yang dijalankan selama 2 hari ini telah disertai oleh wakil-wakil dari 13 buah program integrasi pendidikan khas peringkat daerah.

Senarai nama Kontinjen SK Slim Village

1. Pn Adila bt Osman ( Ketua Kontinjen )
2. Pn Rosnani bt Din ( Penolong Ketua Kontinjen dan Pengurus Peserta )
3. En Muhammad Farhan bin Samsudin ( Pengurus BP Lelaki )
4. Cik Gomathi a/p Kalimuthu ( Pengurus BP Perempuan )
5. Cik Siti Nursofiana bt Sopian ( Pengiring Murid )
6. Husin Bin Abu Bakar ( Peserta )
7. Earen a/l Ramlan ( Peserta )
8. Andry a/l Rahim ( Peserta )
9. Calvin Luis a/l Johnson ( Peserta )
10. David Luis a/l Johnson ( Peserta )
11. Muhammad Shah Airul Aiman bin Rully Andrian Shah ( Peserta )
12. Norazliza bt Ali Aziz ( Peserta )
13. Mas Niza a/p Pinang ( Peserta )
14. Puteri Najwa bt Samsul Naprin ( Peserta )

Kebiasaannya kejohanan olahraga biasakan dijalankan di padang-padang sekolah . Akan tetapi pada tahun ini pihak pengelola telah mengadakan di Kompleks Rakan Muda, Kampar yang suasananya seakan-akan stadium. Ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid bagaimana suasana sebenar seandainya mereka terpilih di peringkat yang seterusnya .

Acara yang disertai oleh peserta-peserta dari SK Slim Village adalah acara 100m , 200m, 4x100m , lompat jauh , lontar peluru dan 50 m kategori down sindrom. Hanya peserta yang menyertai acara 50m down sindrom iaitu Muhammad Shah Airul Aiman bin Rully Andrian Shah sahaja yang berjaya meraih johan.

Manakala peserta yang menyertai acara lain tidak berjaya meraih sebarang tempat. Namun begitu pengalaman dan pendedahan yang mereka dapat tidak ternilai harganya dan akan meneruskan usaha yang lebih gigih pada tahun-tahun yang berikutnya .





Kontinjen SKSV bersama Pn. Hjh. Siti Jamaliah (PK Koku SKSV)



Ceria.. sebelum perbarisan



Kuartet 4 x 100 M lelaki



Peserta SKSV di lorong paling kanan dalam gambar (Masniza)



Sentiasa ceria.. 1..2... snap!

.




MTQ & Mahrajan Peringkat Daerah



SKSV akan menghantar 3 orang murid bagi mewakili Kelompok 5 iaitu...

1. Amirus Syahir B. Amizan : Hafazan L
2. Mohd Firdaus Azri B. Safri : Rawi L
3. Nurul Izzati Bt. Badiuzzaman : Rawi P

Semoga beroleh kejayaan...

Tuesday, March 3, 2009

Peserta MTQ & Mahrajan SKSV






















*kredit kepada jurukamera profesional yang bertugas semasa majlis ini berlangsung..

Monday, March 2, 2009

SKSV: 3 Johan.. Syukur Alhamdulillah..

Alhamdulillah.. dipanjatkan syukur ke hadrat Ilahi.. SKSV berjaya menganjurkan MTQ & Mahrajan Kesenian Islam Kelompok 5 Daerah Batang Padang pada petang Isnin 2 Mac 2009.

Berikut adalah keputusan rasmi yang diumumkan oleh pengerusi majlis setelah menerima sampul keputusan daripada ketua Jemaah Hakim Us. Halid Othman dr SK Jeram Mengkuang.

Tilawah Lelaki:
Johan: SK Slim River
Naib Johan: SK Ulu Slim
Ketiga: SK Kuala Slim

Tilawah Perempuan:
Johan: SK Kuala Slim
Naib Johan: SK Slim Village
Ketiga: SK Ulu Slim

Hafazan Lelaki:
Johan: SK Slim Village
Naib Johan: SK Aminuddin Baki
Ketiga: SK Slim River

Hafazan Perempuan:
Johan: SK Aminuddin Baki
Naib Johan: SK Ulu Slim
Ketiga: SK Slim Village

Rawi Lelaki:
Johan: SK Slim Village
Naib Johan: SK Aminuddin Baki
Ketiga: SK Balun

Rawi Perempuan:
Johan: SK Slim Village
Naib Johan: SK Aminuddin Baki
Ketiga: SK Balun

Bercerita Lelaki:
Johan: SK Slim River
Naib Johan: SK Ulu Slim
Ketiga: SK Balun

Bercerita Perempuan:
Johan: SK Aminuddin Baki
Naib Johan: SK Slim River
Ketiga: SK Balun

Tulisan Jawi Lelaki:
Johan: SK Kuala Slim
Naib Johan: SK Slim River
Ketiga: SK Aminuddin Baki

Tulisan Jawi Perempuan:
Johan: SK Kuala Slim
Naib Johan: SK Slim River
Ketiga: SK Balun

NASYID:
Johan: SK Ulu Slim
Naib Johan: SK Aminuddin Baki
Ketiga: SK Balun

Tahniah.. khas untuk murid-murid SKSV.. walaupun masih kepenatan dek Sukan Tahunan kita Sabtu baru-baru ini.. anda telah memberikan satu persembahan yang tidak kurang hebatnya. Tahniah! Mabruk...

Tahun ini: 3 johan... 1 naib johan dan 1 ketiga... memperbaiki pencapaian tahun 2008 yang mana kita mendapat Johan Bercerita L, Naib Johan Hafazan P dan ke-3 Rawi L.

Akhir sekali, jangan lupa.. SKSV akan mula menduduki Ujian Selaras esok hingga jumaat.. SEMOGA BERJAYA!


Tuesday, February 24, 2009

Thursday, February 19, 2009

Olahraga Daerah B.P 2009

KEJOHANAN OLAHRAGA DAERAH BATANG PADANG 2009
Venue: Stadium Proton, Bandar Proton, Tanjong Malim.


Hari ini, SKSV menghantar beberapa atlit dalam acara akhir yang dilangsungkan pada sebelah petang.. dan berikut adalah beberapa yang sempat dikumpulkan oleh penulis untuk tatapan semua guru SKSV dan pengunjung blog lain.


A: Acara 100M Lari Berpagar
B: Ke garisan.. sedia..
C: Alamak! Ada kamera la..ni yang susah nak lari ni.. (Wakil SKSV ini tidak dapat menamatkan larian kerana terjatuh selepas lompatan pagar yang pertama.. dan terus menarik diri.. Jurukamera tergamam dan tak sempat ambil gambar berkenaan. Harap maaf.)
D: Acara 200M Akhir Perempuan (wakil kita ialah Asmi Hasna)


A: Kelihatan Asmi sedang mengambil selekoh dengan yakinnya..
B: Gambar tidak jelas. Pelari masih jauh..
C: Ketika ini Asmi masih di depan. Jarak berbaki kurang 100M. Namun, terdapat sedikit masalah dan dia tidak dapat mengekalkan tempo lariannya.. dan menamatkan larian di tempat ketiga. Pingat Gangsa untuk SKSV..
D: Acara 200M Akhir Lelaki (tiada wakil ) Dimenangi oleh SK Seri Bidor


A: Teka.. siapakah yang berbaju coklat itu?
B: Suasana di Grand Stand Stadium Proton.
C: Kelihatan di belakang kawasan gol.. acara Lompat Jauh sedang berlangsung
D: Pemuda berbaju coklat ini membawa murid SKSV


A: Sopan sungguh pemuda ini. Mintak lalu di trek?? Calon menantu sejati...
B: Nak kemana tu? Nampak ke kamera ni?
C: Peserta 4 x 100 M Lelaki akhir sedang mendengar taklimat.
D: 4 murid kita 4 x 100 Akhir Perempuan (wakil kita di dalam petak putih)


A: Pelari kedua pergi sana! Nampak tak cikgu yang pegang bendera putih tu???
B: Ke garisan.. sedia.. SKSV di Lorong 2
C: Kaisaria sedang menunggu.. Kakinya? Tanpa kasut...
D: Pelari akhir pula ke belakang. Wakil kita ialah Asmi Hasna, bertudung dan baju putih. Lorong 2.


A: Bergambar sebelum pulang.. Bersama guru pengiring, pengurus dan jurugambar.
B: Dia ni akan wakil daerah ke peringkat negeri nanti! Acara Lompat Jauh
C: Murid: Kiri: Zira, Kaisaria, Asmi Hasna, Hanani dan Amirul Sufian
D: Record-breaker Long Jump 3.80M! Kaisaria a/p Kamaruddin..Old record 3.70M. Proud to be SKSVian...

Pencapaian setakat ini: 1 emas dan 1 gangsa. Tahniah! Not bad...


Tuesday, February 10, 2009

Tahniah... Team Bola Jaring

Salam pagi Selasa.

Berita 1

Tahniah untuk Team Bola Jaring SKSV yang telah berjaya menjadi NAIB JOHAN Peringkat Daerah Batang Padang. Menurut sumber, JOHAN disandang oleh Kelompok 4 (sekolah kawasan Trolak)

Oleh itu, tiga wakil SKSV terpilih untuk menjalani latihan pusat bagi mewakili Daerah Batang Padang. Mereka ialah:

1. Asmi Hasna Abd. Rani
2. Nor Hidayah Johary
3. Nurul Hidayah Idris.

Tahniah sekali lagi untuk kalian bertiga...

Berita 2

Para guru SKSV sedang sibuk membuat persiapan akhir bagi Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2008 yang akan berlangsung esok.

Majlis itu dijangka akan dirasmikan oleh YM Raja Abd. Razak Raja Ahmad, YDP PIBG.




Monday, February 2, 2009

Pertandingan Sepak Takraw Daerah B.P



Pada hari ini telah berlangsung pertandingan sepak takraw peringkat daerah Batang Padang di dua venue yang berhampiran. SKSV telah menghantar 2 regu. Regu A (seliaan Cg Samsul) bermain di SK Pendita Zaaba. Manakala Regu B (seliaan penulis) bermain di SMK Dato Panglima Perang Kiri. Kedua-dua sekolah ini terletak di Tapah Road.

Dengan latihan dan kemampuan yang agak terhad, hasilnya..
Regu A tewas dalam ketiga-tiga perlawanan. Namun, yang agak menyedihkan 2 daripada perlawanan tersebut berakhir dengan kekalahan tipis iaitu 29-30. Agak malang buat regu ini.

Regu B pula dapat membawa 'game saguhati' apabila berjaya menundukkan Team SK Pos Bersih. Akan tetapi mereka tumpas kepada SK Behrang dan SK Satu Tapah.

Perlawanan peringkat kumpulan berlanjutan hingga ke lewat tengahari. Cuaca panas terik sedikit sebanyak mengganggu persembahan para pemain.

Berdasarkan pemerhatian.. antara sekolah yang mencuri perhatian ialah SK Slim River, SK Pos Jernang, SK Behrang dan SK Sg Kelah. Semoga mereka dapat mewakili Daerah Batang Padang dengan jayanya.

Kepada murid SKSV.. jangan putus asa. Tahun depan kita masuk lagi...





Tuesday, October 14, 2008

Kejayaan SKSV di Majlis Tilawah Pend. Khas





SK Tanjung Malim, 9 Okt. 2008 (Khamis) : Telah berlangsung Majlis Tilawah Pendidikan Khas Peringkat Daerah Batang Padang 2008.

SKSV telah menghantar 2 peserta untuk menyertai acara-acara yang dipertandingkan. TAHNIAH kepada adik Husin B. Abu Bakar kerana telah berjaya menjadi JOHAN dalam Pertandingan Azan dan juga mendapat Tempat KEDUA dalam Pertandingan Nasyid.

Beliau telah menunjukkan prestasi yang menggalakkan serta mendapat perhatian para hakim kerana kemampuannya, serta suaranya yang merdu. Semasa di SKSV, beliau memang terkenal dengan nyanyian lagu-lagu nasyid Kumpulan Raihan, Rabbani dsb.

Oleh sebab itu, beliau akan mewakili DAERAH BATANG PADANG ke Majlis Tilawah Pendidikan Khas Peringkat Negeri yang akan diadakan tidak lama lagi. (Menurut sumber, ianya akan diadakan di Kompleks Belia, Kemunting - Daerah Larut Matang Selama selaku tuan rumah tahun ini)

Acara yang akan disertai oleh adik Husin B. Abu Bakar di peringkat Negeri nanti:

1. Azan
2. Nasyid

(atas kebolehannya itu... beliau diserapkan bersama sebagai anggota kumpulan nasyid Daerah ke peringkat negeri nanti)


********

GPI SKSV mengucapkan Selamat Berjaya kepada beliau... dan kepada guru-guru yang bertungkus-lumus melatih murid-murid Pend. Khas (Pn. Adila, En. M. Farhan, Cik Gomathy Cik Sofeana...) tahniah dan syabas diucapkan. Anda semua memang hebat!!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin