Showing posts with label kaunseling. Show all posts
Showing posts with label kaunseling. Show all posts

Tuesday, August 17, 2010

Guru Baru

Isnin 16 Ogos: Hari ini SKSV menerima seorang warga baru dalam dunia pendidikan. Guru yang dimaksudkan baru saja ditempatkan atau dengan kata lain ' Penempatan pertama' selepas tamat kursus diploma pendidikan selama satu tahun di sebuah institusi perguruan terulung di utara tanahair.

Beliau membuat pengkhususan Ikhtisas dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling dan dijangka akan mengambil alih tugas Guru Kaunseling yang dikosongkan sejak kira-kira sebulan lalu.

Guru yang dimaksudkan ialah Cikgu Hasliza Dahlan, lepasan KPLI Jun 2009.

~~~~~~~~~~~~~~

Senarai Mantan Guru Bimbingan Kaunseling SKSV sejak 1997

  1. En. Shamsuddin Hassan (kini bertugas di SK Seri Pangkor)
  2. En. Mohd Fadhilah Haron (Shah Alam)
  3. En. Shariffuddin Ahmad (tiada tauliah, masih di SKSV)
  4. En. Zakaria Abdullah Sani (kini bertugas di SMK Redang Panjang)

Thursday, May 27, 2010

Aktiviti Unit Bimbingan Kaunseling

Senarai Program Unit Bimbingan Dan Kaunseling
(sehingga 27 Mei 2010)

-----------------------------------------------------------------------------------------

  1. Program Bersama Ibubapa Murid Tahun 6 Dan Majlis Akujanji UPSR 2010- 15 Januari 2010
  2. Penyampaian Sijil Perlantikan PEMBIMBING RAKAN SEBAYA UPSR TAHUN 6 2010. - 15 Januari 2010
  3. Slot Bersama Ibubapa & Murid Asli - 5 Februari 2010
  4. Program Motivasi - Murid Tahun 6. - 6 Februari 2010
  5. Bengkel "Sayangi Diri" 9 - 10 Mac 2010 dengan kerjasama Unit Kaunseling LPPKN Caw. Tg. Malim
  6. Program Fokus Tahun 6 - Bermula 1 April 2010
  7. Kursus Kepemimpinan Pengawas Sekolah, PSS dan Ketua Kelas - 10 Mac 2010 dengan kerjasama Unit Disiplin SKSV
  8. Motivasi Kepimpinan & Penghayatan Solat - 2 & 3 April 2010 - Masjid Sultan Idris Shah 2 Slim River - Anjuran MGB Kelompok 5
  9. Kem Ibadah Tahun 6 2010 - 9-10 April 2010. - dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SKSV
  10. Program Fokus Tahun 5 - 10 -14 Mei 2010
  11. Program Motivasi - Murid Tahun 5 dan 6. - 12 Mei 2010
  12. Lawatan Sambil Belajar ke Sek Men. Sains Hulu Selangor dan Universiti Malaya Kuala Lumpur
    18 Mei 2010
  13. Mesyuarat AJK Program Jom Ke Sekolah -20 Mei 2010
  14. Bengkel Teknik Menjawab Sains - En. Mohd Halin Othman 25 Mei 2010
  15. Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Melayu - Pn. Noridah Misran 26 Mei 2010

Wednesday, May 19, 2010

Lawatan Sambil Belajar

Pada Hari Selasa 18 Mei 2010, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Penyelaras Program Kecemerlangan Pelajar UPSR 2010 telah mengadakan satu sesi Lawatan Sambil Belajar ke :

1. Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR)
2. Planetarium Negara, Kuala Lumpur.
3. Perpustakaan Universiti Malaya Kuala Lumpur

Rombongan terdiri daripada 4 orang guru dan 40 orang murid yang mana hampir keseluruhannya adalah Calon UPSR 2010.

Berikut adalah catatat foto sepanjang lawatan..








Wednesday, March 10, 2010

Sayangi Diri bersama LPPKN


Slim River 10 Mac 2010 - Bertempat di Makmal Komputer SK Slim Village, telah berlangsung satu Bengkel "Sayangi Diri @ LPPKN" selama dua hari berturut-turut. Program anjuran bersama Unit Kaunseling SKSV dan Unit Kaunseling LPPKN Caw. Tg. Malim ini mensasarkan kepada murid Tahun 6 di sekolah ini.

Program ini dijalankan secara berasingan mengikut jantina iaitu hari Selasa bagi Murid Perempuan dan hari Rabu untuk Murid Lelaki. Bengkel ini dikendalikan oleh Cik Aidamurni Abd Rashid, yang juga merupakan Fasilitator Bertauliah dari LPPKN.

Antara objektif program ialah:

1. Memberi maklumat kepada murid hal-hal berkaitan perkembangan awal remaja dan perihal keselamatan seksualiti / fizikal diri.
2. Memberi maklumat dan kemahiran bertindak terhadapa emosi diri
3. Melatih murid kemahiran menjadi tegas
4. Memberi maklumat dan membantu murid membentuk jaringan sistem sokongan

Semoga program ini memberikan 1001 manfaat buat murid yang terbabit.

Wednesday, July 1, 2009

Bengkel Teknik Menjawab UPSR

Sebagai menghadapi UPSR yang tinggal 68 hari... dan juga peperiksaan percubaan UPSR yang akan diadakan pada pertengahan bulan Julai, SKSV menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab UPSR. Berikut adalah jadual cadangan...

Isnin 6 Julai 2009 8.30 pagi
Subjek: Matematik
Penceramah: En. Saidin B. Ardy (SK Behrang)


Selasa 7 Julai 2009 8.30 pagi
Subjek: Bahasa Melayu
Penceramah: Pn. Noridah bt. Misran (SK Aminuddin Baki)


Rabu 8 Julai 2009 8.30 pagi
Subjek: Bahasa Inggeris
Penceramah: Pn. Normah Bt. Sulaiman (SK Besout 4)


Khamis 9 Julai 2009 8.30 pagi
Subjek: Sains
Penceramah: Pn. Hjh Rahmah Bt. Nik (SK Balun)

* tertakluk pada pindaan

Sunday, April 12, 2009

Naib Johan Daerah BP Model Kerjaya Karnival Kaunseling

Pada hari Sabtu 11 April 2009 yang lalu, SKSV telah menyertai "KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG 2009" yang bertempat di SM Teknik Slim River.

Dengan Tema: "Sains dan Teknologi Asas Keutuhan Ekonomi Negara", pada tahun ini buat julung kalinya, Unit Bimbingan & Kaunseling SKSV menyertai 2 acara serentak iaitu Poster Kerjaya dan Model Kerjaya. Acara lain yang tidak disertai pada tahun ini ialah Folio Kerjaya. (tahun depan.. Insya Allah)

Berikut adaalah nama peserta dan acara yang disertai oleh SKSV:

1. Poster Kerjaya: Mohd Redzwan B. Ab. Rahman (Tahun 6)


2. Model Kerjaya:

Ketua Kumpulan:
Nurul Izzati Bt. Badiuzzaman

Pembantu:
Nur Syakila Bt. Roslan
Mohd. Zaidi B. Jamaluddin

Guru yang terlibat dalam melatih dan membimbing murid-murid ini ialah:
Poster Kerjaya: Pn. Inas Bt. Baharom
Model Kerjaya: En. Shariffuddin B. Ahmad & En. Zakaria B. Abdullah Sani
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam pada hari tersebut...




GAMBAR 1
A: Sedang menanti di bilik APD tempat acara Model Kerjaya bakal dijalankan.
B: Redzwan SKSV sedang khusyuk melukis.
C: Pemandangan dalam bilik acara Melukis Poster
D: Acara Eksplorasi Alam Kerjaya


GAMBAR 2
A: Hasil kerja SMK Sg. Kruit
B: Kami dah ready ni... Alamak! giliran terakhir.. lambat lagi la..
C: Ini pula hasil kerja SMK...
D: Peserta giliran 1 Model Kerjaya (Ahli Aeroangkasa)


GAMBAR 3
A: Boring menunggu giliran.. Kita 'snap' gambar dulu.. TQ pd Kaunselor SK Trolak Selatan.
B: Kami ingin menjadi DOKTOR VETERINAR ( SK Tapah)
C: Kerjaya pilihan kami ialah PAKAR FORENSIK (JENAYAH) Peserta dari SK Seri Besout ini menjadi JOHAN Model Kerjaya, walaupun hanya menggunakan 2 peserta sahaja, tidak membawa sebarang 'prop' tetapi kelancaran dan penyampaian yang menarik serta diakhiri dengan 'multimedia show' pastinya menarik minat para hakim. (KITA PUN KENA BUAT MACAM NI JUGAK...)
D: Kerjaya yang ingin saya persembahkan ialah Doktor Gigi.

GAMBAR 4
A: Ini adalah antara haiwan yang selalu berkunjung ke klinik kami.. hehehe (Veterinar)
B: Persembahan dari SK Batu 14.. Kaunselornya memilih Murid tahun 4 dan terdiri daripada murid Melayu & OA. Syabas kepada mereka. Satu pendedahan yang berani dan mencabar.
C: Selepas tamat persembahan terakhir. Redzwan juga ingin mencuba baju 'safety helmet & vest'.
D: Laparnya.. tadi tak lalu nak makan, lepas tamat presentation.. terus menuju ke kantin. Dimulakan dengan bismillah...


GAMBAR 5
A: Satu persembahan dalam acara 'Sketsa Kerjaya'. Tetapi audien tidak mendengar apa-apa dialog mereka kerana ketiadaan mikrofon. Harap penganjur beri perhatian.
B&C: Antara 'Kain Rentang' yang menarik..
D: Kehadiran PK Koku SKSV memberi semangat dan galakan kepada para peserta Model & Poster Kerjaya.


GAMBAR 6
A: Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, peliharalah akhlak murid kami, peliharalah maruah mereka, pelihara budi pekerti mereka, semoga mereka menjadi insan yang sempurna duniawi dan ukhrawi. Amin.. Amin.. ya Rabbal Alamin. (Pembaca Doa di Majlis Penutup - bidan terjun je ni..)
C: Inilah pengubat kekecewaan Team SKSV.. yang mensasarkan untuk menjadi JOHAN.. tapi dapat NAIB JOHAN. Syukur la tu.. Dah la 1st time masuk.. terus target Johan... emm.. Tak apa.. tahun depan kita try lagi... kan Cikgu Zack?
D: Hadiah tadi disampaikan oleh En. Ab. Hamid B. Fazal Mohamad (Pengetua SM Teknik Slim River), diiringi oleh En. Fauzi Siron (PPD) dan Ustaz Ismail YDP Majlis Guru Kaunseling Perak & juga Kebangsaan

**************************
SENARAI NAMA PEMENANG
(yang akan mewakili Kontinjen Daerah Batang Padang ke peringkat Negeri)


* Folio Kerjaya SR : SK TG. MALIM

* Poster Kerjaya SR : SJKC CHONG HUA 2, BIDOR

* Model Kerjaya: SK SERI BESOUT, SUNGKAI

* Kain Rentang: SMK FELDA BESOUT

* Folio Kerjaya SM : SMK METHODIST TG. MALIM

* Poster Kerjaya SM : SMK CHONG HUA, BIDOR

* Pembinaan Media Maklumat: SMK METHODIST TG. MALIM

* Eksplorasi Alam Kerjaya : SMK AGAMA SLIM RIVER.

* Sketsa Kerjaya: SMK BUYONG ADIL, TAPAH

~~~~~~~~~~
Walaupun beroleh Naib Johan, pastinya warga SKSV boleh berbangga dengan kejayaan ini, kerana ianya menambah lagi senarai kejayaan yang telah kita kecapi pada tahun 2009. Penulis tidak segan silu untuk mengatakan tahun ini tahun yang 'bertuah' untuk kita semua...

Kata orang : " Ukur baju di badan sendiri.. Orang di sana.. fikirlah sendiri"



Thursday, April 2, 2009

Kes berat ni...

Keratan ini dipetik dari Kosmo Khamis 2 April. Bagi penulis, ianya satu kes yang sangat berat dan serius. Namun, perlu juga diselidik tentang latarbelakang kesihatan murid berkenaan. Adakah beliau mempunyai masalah lain...

Bagi guru wanita berkenaan, mungkin tindakan yang telah anda ambil diluar kawalan emosi anda. Diharap pihak NUTP dapat membantu guru berkenaan daripada dikenakan tindakan mahkamah (andaikata ibubapa murid berkenaan akan menyamannya..)

Kepada semua warga pendidik, jadikanlah insiden ini sebagai peringatan buat semua. Pun begitu, bukan alasan untuk kita membiarkan anak murid kita melanggar peraturan sekolah.

Buat murid-murid.. dengarlah nasihat guru..



Friday, January 23, 2009

Gambar Program di SKSV

Program: Bersama Ibubapa / Penjaga Murid Tahun 6 SKSV
Tarikh: 22 Jan. 2009
Masa: 8.30 - 10.30 pagi
Anjuran: Unit Bimbingan & Kaunseling SKSV



1. Semasa sesi latihan sebelum majlis bermula
2. MC majlis hari ini Cikgu Zakaria @ Zeck
3. Kawalan slideshow dan backdrobe.
4. Menunggu majlis bermula...



1. Latihan saat akhir.. kerana ketua ikrar yang sepatutnya
terpaksa menghadiri Ujian Pemilihan Ragbi Rimau di SKTM
2. Antara kaum bapa yang hadir...
3. Bacaan Doa Pembukaan
4. Doa dibacakan.. oleh GPI SKSV




1. PK Ko-ku dan Penyelaras Bestari sedang berbincang
2. Sedang mendengar taklimat GB
3. Dari sudut belakang..
4. Ucapan + Amanat dari GB




1. Ibubapa yang di hadapan
2. Ucapan dari YDP PIBG SKSV
3. Ramai kaum ibu yang hadir..
4. Penyelaras Tahun 6 membentangkan Halatuju UPSR 2009



****
+ Video bacaan ikrar akan dimasukkan kemudian.. insya Allah.


Wednesday, October 15, 2008

Kem Bina Diri di SKSV



Pada hujung minggu ini, satu program yang dinamakan KEM BINA DIRI DAN KHIDMAT MASYARAKAT akan berlangsung di SKSV. Ianya adalah program kolaborasi antara beberapa pihak iaitu:

a) Pembimbing Rakan Sebaya Politeknik Sultan Azlah Shah, Behrang (PRSP)
b) Unit Kaunseling Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang
c) Unit Kaunseling SK Slim Village
d) PIBG SK Slim Village

Program ini akan bermula pada 4.45 petang Jumaat 17 Okt. dan tamat pada jam 2.45 petang Ahad. Ianya adalah berbentuk kem motivasi dan pengisiannya juga terarah kepada pembentukan akhlak murid. Semoga program ini akan mencapai matlamat yang dirancang.

Person-in-charge bagi pihak Politeknik ialah Pn. Noormala Bt. Abdullah, manakala bagi pihak sekolah pula diuruskan oleh En. Mohd Halin Othman. Sebarang pertanyaan, boleh diajukan terus kepada mereka. GPI SKSV sekadar mewar-warkan program ini untuk pengetahuan semua.

Tuesday, July 1, 2008

Perjumpaan Bersama Ibubapa Murid Tahun 6

Tarikh: 3 Jun 2008 (Khamis)
Masa: 8.30 AM
Tempat: Dewan SKSV

Unit Bimbingan & Kaunseling SKSV akan mengadakan perjumpaan bersama ibubapa dan penjaga murid tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR tahun ini. Perjumpaan berkenaan akan dihadiri para ibubapa yang ingin melihat anak mereka berjaya dalam UPSR. Perjumpaan akan diadakan di Dewan SKSV dan ucaptama dijangka akan disampaikan oleh GB SKSV. Slot khas bersama bahagian Disiplin & Keselamatan turut diadakan dalam perjumpaan kali ini.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin