Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Wednesday, May 12, 2010

Program Motivasi

Slot Motivasi semasa Fokus Tahun 5
Tarikh : 10 Mei 2010 (Isnin)
Masa : 8.00 am - 10.30 am




Slot Motivasi Tahun 5 & 6
(serta penerangan program scorea.com)
Tarikh : 12 Mei 2010 (Rabu)
Masa : 2.45 pm - 4.45 pm



Saturday, April 3, 2010

Tuesday, March 30, 2010

Motivasi Anjuran MGB Kelompok 5

Nama Program: Motivasi Kepimpinan & Penghayatan Solat

Tarikh: 2 & 3 April 2010

Masa : Mulai 6.00 petang 2 April hingga 8.00 pagi 3 April 2010

Tempat : Masjid Sultan Idris Shah 2, Slim River.

Yuran: RM 15 seorang.

Anjuran: MGB SK Kelompok 5, Slim River, Daerah Batang Padang, Perak.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Objektif:

  1. Mempertingkatkan daya kepimpinan melalui penghayatan solat
  2. Menganalisis sikap diri sendiri
  3. Kesedaran untuk berubah ke arah kecemerlangan
  4. Menyedari sikap, pemikiran dan perlakuan diri yang negatif.
  5. Mempunyai keinginan untuk berubah ke arah positif
  6. Mengamalkan strategi dan teknik untuk kesedaran dan berubah.
  7. Memiliki sikap, pemikiran dan perlakuan baru cemerlang.

~~~~~~~~~~~~~~~

Penceramah Motivasi:
Tn. Hj. Ahmad Fadzil B. Mohamad @ Dasuki
Pegawai Dakwah, SPIM JPN Perak.

~~~~~~~~~~~~~~~

Pengendali Qiyamulail:
Al-Fadhil Tuan Imam Putra Al-Hafiz

Tuesday, February 9, 2010

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6

Anjuran:
Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama guru Tahun 6

Tarikh/Hari:
6 Feb. 2010 (Sabtu)

Masa:
8.00 pagi – 5.00 ptg

Tempat:
Dewan SK Slim Village

Kumpulan Sasaran:
50 orang Murid Tahun 6 SK Slim Village (kehadiran 39 orang)

Murid Tidak Hadir:

1.HAN NING A/P YOK PET
2.IZAN A/P AZHAR
3.JESIKA A/P BAKRI
4.MOHD KAMEEL HAKIMI B. AMRIZAL
5.MUHAMMAD IDRIS B. MOHAMED YUSUF
6.NUR AMIRUL B. MADOR
7.SAMSURI B. RAHMAT
8.SHAHARABI A/L SHARIF
9.YEOK SEMAN A/L KAMIS
10.YOK EHAD A/L YOK MAT
11.YOK KORIE A/L YEOK ALI


Aktiviti: Ceramah Motivasi

Unit Bimbingan & Kaunseling SKSV dengan kerjasama Unit HEM SKSV (bahagian Murid Asli) telah berjaya mengadakan program motivasi khusus untuk Murid Tahun 6. Program ini melibatkan seramai 39 pelajar terdiri dari kelas Tahun 6 Marikh dan 6 Musytari.

Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan rangsangan, galakan dan motivasi kepada pelajar Tahun 6 supaya hadir ke sekolah dan tidak ponteng. Ceramah juga menekankan betapa pentingnya peperiksaan untuk masa depan murid. Bersempena dengan itu, murid perlulah meningkatkan prestasi masing-masing.

Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 5.00 petang.
Slot diisi dengan rangkaian guru yang terbabit iaitu :

1. En. Mohd Halin Othman 8.15 AM – 9.15 AM
2. Pn. Noredah Mat Dom 9.15 AM – 10.15 AM
3. En. Samsul Ali Mohd Basir 11.00 AM – 12.00 PM
4. En. Fadzian Helmy Zulkipli 12.00 PM – 1.00 PM
5. En. Shariffuddin Ahmad 2.00 PM – 3.00 PM
6. En. Zakaria Abdullah Sani 3.00 PM – 4.30 PM

Program ini amat berguna dan memberikan galakan kepada murid-murid tahun 6 untuk hadir setiap hari ke sekolah dan juga menjawab soalan peperiksaan PKSR. Usaha sebegini amat bermakna dalam meningkatkan prestasi pelajaran murid SKSV.


Keberkesanan:
Secara keseluruhannya, program ini berjaya memberi kesedaran tentang setiap subjek utama dalam UPSR. Di samping itu penekanan tentang kepentingan hadir ke sekolah dan menduduki peperiksaan. Murid-murid juga mendengar ceramah “Teknik Mengingat’ yang disampaikan dengan berkesan oleh penceramah jemputan.

Penutup:
Semoga penganjuran pada masa akan datang lebih baik dari sebelumnya. Insya Allah.

Sekian, terima kasih.

Setiausaha,
Program Motivasi Murid Tahun 6

Tuesday, August 4, 2009

Laporan dan gambar slot motivasi

Selasa dan Khamis minggu lalu.. Unit Bimbingan dan Kaunseling SKSV telah berjaya mengadakan Slot Motivasi khas untuk murid Tahun 3 dan 4. Ianya diadakan memandangkan dapatan analisa PKSR1 bagi Tahun 3 dan 4 sangat mendukacitakan. Terima kasih kepada beberapa guru yang terlibat secara langsung dalam persediaan dan persiapan untuk program ini.

Kedua -dua slot ini diisi dengan sebaiknya oleh tenaga pengajar (dalaman ) iaitu Cikgu Zeck. Beliau telah menggunakan segala kebolehan, kepakaran dan pengalaman yang dimilikinya untuk dikongsi dengan anak-anak SKSV.

Ucapan Perasmian untuk Slot Tahun 3 disampaikan oleh Pn. Hjh. Jamilah Ismail (Guru Besar SKSV), manakala bagi slot Tahun 4 pula disempurnakan oleh Pn. Zaharah Bt. Saaid (GPK1 SKSV)

Secara amnya, program ini mencapai objektif asas iaitu memberi kesedaran dan suntikan semangat kepada murid berkenaan. Namun, hasil secara kuantitatifnya akan dilihat pada dapatan UB4 dan PKSR2 yang akan diadakan pada awal September dan penghujung Oktober nanti.

Sama-samalah kita doakan semoga apa kita lakukan ini mendapat manfaaat dan keredhaan Ilahi. Apa yang baik itu adalah hadiah untuk anak murid kita, manakala yang buruk pula adalah kelemahan guru-guru selaku hamba yang tak dapat lari dari sebarang kesilapan dan kecacatan.

Justify Full


Monday, July 27, 2009

Program Kaunseling...

Selasa 28 Julai 2009

Motivasi Khas Murid Tahun 3 SKSV
Masa: 8.00 AM - 10.00 AM
Tempat: Makmal Sains
PIC: En. Shariffuddin & En. Zakaria

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Khamis 30 Julai 2009

Motivasi Khas Murid Tahun 4 SKSV
Masa: 8.00 AM - 10.00 AM
Tempat: Makmal Sains
PIC: En. Shariffuddin & En. Zakaria

Thursday, May 14, 2009

Program Motivasi Murid Tahun 6





Tarikh : 13 Mei 2009
Masa : 8.00 hingga 10.00 pagi
Tempat : Makmal Sains SKSV
Penglibatan : 59 orang murid Tahun 6

Unit Bimbingan & Kaunseling SKSV dengan kerjasama guru-guru SKSV telah berjaya mengadakan program motivasi murid Tahun 6. Program ini melibatkan seramai 59 pelajar terdiri dari kelas 6 marikh dan 6 Musytari.

Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan rangsangan dan motivasi kepada pelajar tentang kepentingan mendapatkan kejayaan dalam peperiksaan yang akan diduduki. Ianya juga bertujuan untuk menghindarkan gejala ponteng semasa minggu peperiksaan. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 10.00 pagi.

Program ini amat berguna dan memberikan keyakinan kepada murid-murid untuk menjawab soalan peperiksaan nanti . Usaha sebegini amat bermakna dalam meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak SKSV. Untuk masa akan datang Unit Bimbingan dan Kaunseling akan menumpukan pula kepada penumpuan teknik menjawab soalan secara sistematik.

Terima kasih kepada guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Khususnya pada En. Zakaria yang telah sudi berkongsi pengalaman dan bakat yang Allah kurniakan kepadanya untuk kebaikan murid SKSV ini. Jasa anda sangat dihargai dan didahului dengan ucapan Jazakallahu khairan kathirow.




Wednesday, May 13, 2009

Motivasi Murid Asli


Program Motivasi Murid Orang Asli

Tarikh : 13 Mei 2009
Masa : 11.00 hingga 12.30 tgh
Tempat : Makmal Sains SKSV
Penglibatan : 80 orang Murid Asli tahun 1 - 5


Unit Bimbingan & Kaunseling SKSV dengan kerjasama Unit HEM SKSV (bahagian Murid Asli) telah berjaya mengadakan program motivasi khusus untuk Murid Asli. Program ini melibatkan seramai 80 pelajar terdiri dari kelas Tahun 1 hingga 5.

Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan ransangan, galakan dan motivasi kepada pelajar Asli supaya hadir ke sekolah dan tidak ponteng. Ini juga selaras dengan satu program khas sekolah ' Program : Meningkatkan Peratus Lulus Subjek UPSR bagi Murid Asli'

Program ini bermula pada pukul 11.00 pagi dan tamat pada pukul 12.30 pagi.
Slot diisi dengan rangkaian 3 guru yang terbabit iaitu : 1. En. Shariffuddin 2. En. Zakaria 3. En. Redza
Unit Bimbingan dan Kaunseling juga menawarkan hadiah khas untuk Murid Asli terbaik bagi setiap kelas untuk PKSR1 yang akan bermula 14 mei ini.

Program ini amat berguna dan memberikan galakan kepada murid-murid untuk hadir setiap hari ke sekolah dan juga menjawab soalan peperiksaan PKSR 1.

Usaha sebegini amat bermakna dalam meningkatkan prestasi pelajaran murid Asli SKSV.





Friday, January 23, 2009

Gambar Program di SKSV

Program: Bersama Ibubapa / Penjaga Murid Tahun 6 SKSV
Tarikh: 22 Jan. 2009
Masa: 8.30 - 10.30 pagi
Anjuran: Unit Bimbingan & Kaunseling SKSV



1. Semasa sesi latihan sebelum majlis bermula
2. MC majlis hari ini Cikgu Zakaria @ Zeck
3. Kawalan slideshow dan backdrobe.
4. Menunggu majlis bermula...



1. Latihan saat akhir.. kerana ketua ikrar yang sepatutnya
terpaksa menghadiri Ujian Pemilihan Ragbi Rimau di SKTM
2. Antara kaum bapa yang hadir...
3. Bacaan Doa Pembukaan
4. Doa dibacakan.. oleh GPI SKSV




1. PK Ko-ku dan Penyelaras Bestari sedang berbincang
2. Sedang mendengar taklimat GB
3. Dari sudut belakang..
4. Ucapan + Amanat dari GB




1. Ibubapa yang di hadapan
2. Ucapan dari YDP PIBG SKSV
3. Ramai kaum ibu yang hadir..
4. Penyelaras Tahun 6 membentangkan Halatuju UPSR 2009



****
+ Video bacaan ikrar akan dimasukkan kemudian.. insya Allah.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin