Showing posts with label Kem Ibadah. Show all posts
Showing posts with label Kem Ibadah. Show all posts

Monday, April 12, 2010

Gambar Kem Ibadah Tahun 6

Beberapa gambar yang sempat dirakam sepanjang berlangsungnya
Kem Ibadah Tahun 6 2010 pada 9-10 April 2010.




Sesi Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) bersama 5 orang fasilitator terpilih.
Masa: 7.30 pagi - 11.45 pagi.



PAFA.. di lokasi yang berbeza. Pendekatan berbeza. Matlamat yang sama.


Makan malam.. "Dimulakan dengan Bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah"


Ceramah Motivasi : " Cabaran Remaja Islam Masakini" oleh seorang yang tidak perlu diperkenalkan lagi... Cikgu ZAS.


Halaqah Al-Quraan.. Mulai Surah Al-Fajr hingga An-Nas.



Antara wajah-wajah yang menghiasi Kem Ibadah tahun ini..
Ada juga gambar diatas bukan warga SKSV tetapi dijemput...

(terdapat juga beberapa guru SKSV yang tiada dalam gambar di atas)



Juga watak-watak di sebalik tabir kelancaran K.I.T 6 kali ini.

Sesi riadhah secara "Pencarian Harta Karun" dikendalikan oleh Cikgu FHZ.


Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung menjayakan Kem Ibadah Tahun 6 sesi 2010.

Wednesday, April 7, 2010

Kem Ibadah Tahun 6

NAMA PROGRAM : KEM IBADAH TAHUN 6 2010
TARIKH : 9 - 10 April 2010
HARI : JUMAAT - SABTU
MASA : 7.30 – 11.45 pagi Jumaat 4.30 ptg (Jumaat) – 8.00 pagi (Sabtu)
TEMPAT : SURAU DAN KELAS
SASARAN : 29 MURID TAHUN 6


Hari Pertama (JUMAAT 9 April 2010)

7.30 pg : PAFA
4.30 ptg : Pendaftaran peserta
4.50 ptg : Solat Asar
5.30 ptg : Taaruf dan Taklimat Program
7.30 mlm : Solat Maghrib, Bacaan Yasin & Solat Isyak
9.15 mlm : Ceramah : Sayalah Remaja Islam Masakini
10.35 mlm : Minum Malam
10.45 mlm : Hafazan Surah Lazim
11.30 mlm : Himpun daya


Hari Kedua (SABTU 10 April 2010)

4.30 pagi : Qiyamulail dan Solat Subuh
6.30 pagi : Kuliah Subuh
7.00 pagi : Riadhah (Senaman)
7.30 pagi : Sarapan Pagi dan Khidmat Diri
8.15 pagi : Penutup & Bersurai


SENARAI JAWATANKUASA

PENGERUSI : PN. HJH. JAMILAH BT. ISMAIL

NAIB PENGERUSI : PN. ZAHARAH BT. SA’AID
PN. FARIDAH BTE MOHD. KHALIL
PN. HJH. SITI JAMALIAH BT. RAMLI

PENYELARAS : PN. ROSMAWATI BT CHE DAROF

SETIAUSAHA : EN. SHARIFFUDDIN B. AHMAD

BENDAHARI : PN. NOR KALSUM BT. HASSAN


Pendaftaran / Tanda Nama
Pn. Inas Baharom
Pn. Nor Azian Ismail

Persiapan Tempat
En. Ruslan Mohd Noor
En. Azian Adnan
En. Redza Ahmad

Persiapan Teknikal
En. Fadzian Helmy Zulkepli

Pengurusan Program
En. Shariffuddin B. Ahmad

Imam Solat & Qiyamullail
En. Mohd Farhan B. Samsuddin (L)
Pn. Ida Noor Fauzana Hj Ahmad (P)
Pn. Nor Kalsum Bt. Hassan

Kawalan Disipilin
En. Zakaria Abdullah Sani
Pn. Hjh. Siti Jamaliah Ramli

Buku Program
Pn. Ida Noor Fauzana Hj Ahmad

Jurukamera / Rakaman/Siaraya
En. Yusry Ishak

Senaman Pagi
En. Fadzian Helmy B. Zulkefli

Makanan & Minuman
En. Samsul Ali Mohd Basir
Pn. Rosmawati Che Darof
Pn. Julaiha Arifin



SENARAI FASILITATOR

1. En. Shariffuddin Ahmad
2. Pn. Nor Azian Ismail
3. Pn. Nor Kalsum Hassan
4. Pn. Ida Noor Fauzana Ahmad
5. Cik Rabiatul Adawiyah Khamid

GURU BERMALAM

1. En. Fadzyan Helmy Zulkefli
2. En. Mohd Farhan Samsuddin
3. En. Zakaria Abdullah Sani
4. Pn. Rosmina Mohamad
5. Pn. Rosnani Din
6. Pn. Ida Noor Fauzana Ahmad




Tuesday, March 30, 2010

Motivasi Anjuran MGB Kelompok 5

Nama Program: Motivasi Kepimpinan & Penghayatan Solat

Tarikh: 2 & 3 April 2010

Masa : Mulai 6.00 petang 2 April hingga 8.00 pagi 3 April 2010

Tempat : Masjid Sultan Idris Shah 2, Slim River.

Yuran: RM 15 seorang.

Anjuran: MGB SK Kelompok 5, Slim River, Daerah Batang Padang, Perak.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Objektif:

  1. Mempertingkatkan daya kepimpinan melalui penghayatan solat
  2. Menganalisis sikap diri sendiri
  3. Kesedaran untuk berubah ke arah kecemerlangan
  4. Menyedari sikap, pemikiran dan perlakuan diri yang negatif.
  5. Mempunyai keinginan untuk berubah ke arah positif
  6. Mengamalkan strategi dan teknik untuk kesedaran dan berubah.
  7. Memiliki sikap, pemikiran dan perlakuan baru cemerlang.

~~~~~~~~~~~~~~~

Penceramah Motivasi:
Tn. Hj. Ahmad Fadzil B. Mohamad @ Dasuki
Pegawai Dakwah, SPIM JPN Perak.

~~~~~~~~~~~~~~~

Pengendali Qiyamulail:
Al-Fadhil Tuan Imam Putra Al-Hafiz

Wednesday, July 15, 2009

Tuesday, July 14, 2009

Gambar Kem Ibadah Tahun 6


Pendaftaran pada petang Jumaat.. setiap peserta menerima fail dan tandanama program.

Kuliah Maghrib disampaikan oleh Ustaz Azhari Yahya dari SK Pos Bersih. *dua tahun berturut-turut.

Cenderahati untuk penceramah disampaikan oleh adik Rosaidil Zainuddin. Selepas Isya' menikmati makan malam.. menu: Nasi Ayam.


Kuliah Subuh disampaikan oleh Us. Abd Gani Ibrahim dari SK Aminuddin Baki. Syukran ustaz.. cenderahati disampaikan oleh Mohd Hadi Islam Hamizon

Riadhah bersama Cikgu Fadzyan

Bengkel (LDK) dan Amali

Majlis Penutup disempurnakan oleh GPK1 Pn. Zaharah Saaid.

Thursday, July 9, 2009

Program KIT 6



NAMA PROGRAM:
KEM IBADAH TAHUN 6 2009 (KIT6)

TARIKH:
10 – 11 Julai 2009

HARI:
JUMAAT - SABTU

MASA:
5.30pm (Jumaat) – 2.30 pm (Sabtu)

TEMPAT:
SURAU DAN KELAS

SASARAN:
50 MURID ISLAM TAHUN 6

TEMA:
“ MEMBENTUK GENERASI ALQURAN YANG CEMERLANG”


TENTATIF PROGRAM:

Hari Pertama: Jumaat

5.30 ptg: Pendaftaran peserta
6.00 ptg: Penginapan dan Taklimat Program
7.30 mlm: Solat Maghrib, Tazkirah dan Solat Isyak
9.15 mlm: Taaruf dan Motivasi (Cikgu Zeck)
10.15 mlm: Slot Bersama Cikgu Zulhelmi
11.15 mlm: Minum Malam
11.30 mlm: Himpun daya

Hari Kedua:

4.30 pagi : Qiyamulail dan Solat Subuh
6.30 pagi : Kuliah Subuh
7.00 pagi : Riadhah (Senaman) bersama Cikgu Fadzyan
7.30 pagi : Sarapan Pagi dan Khidmat Diri
8.15 pagi : LDK : Semakan Bacaan Solat
10.30 pagi : Minum Pagi dan Rehat
11.00 pagi : LDK : Amali Solat Berjemaah
12.30 tgh : Rehat, Makan Tengahari, Solat Zuhur Berjemaah
2.00 ptg : Majlis Perasmian Penutup & Bersurai

TAJUK PENTING:
Hadas Kecil / Besar/ Istinjak
Mandi Wajib
Bacaan Dalam Solat
Solat Jamaah
Perkara Asas Fardhu Ain

Tuesday, June 24, 2008

Lagi Gambar Kem Ibadah...

Kumpulan1: perbincangan tentang Solat Jamaah, cara makmum masbuk menambah raka'at, menepuk bahu sebagai Imam, menegur Imam yang terkena najis dan lain-alin perkara yang berkaitan.


Murid-murid perempuan sedang menikmati minum pagi pada jam 10.30. Menunya ialah teh tanpa susu dan 3 keping biskut berjenama terkenal. Respon dari peserta, menu tersebut sungguh sedap dan istimewa. Jarang mereka menikmati menu sebegitu di rumah masing-masing.


Kumpulan 1: Sedang menyalin lafaz niat mandi wajib dengan khusyuknya.. walaupun mereka kurang memahami "Perkara yang menyebabkan berlakunya Hadas Besar" Selepas sesi ini, kesemua murid dibawa ke tandas untuk amali mandi hadas. Satu aktiviti yang jarang dilakukan untuk diajar pada murid mutakhir ini. Harapkan pandai-pandai sendiri saja?



Kumpulan 3: Murid sedang diuji bacaan-bacaan dalam solat.. dari Doa Iftitah, bacaan rukuk, sujud, iktidal, duduk antara dua sujud, tahiyyat awal & akhir, doa qunut. Mungkin pembaca mengatakan Murid Tahun 6 sewajibnya telah menguasai semua bacaan tersebut. Hakikatnya, jika diuji seorang demi seorang.. kita akan mendapat hasilan yang mungkin tidak seperti dijangka.



~untuk gambar kumpulan, tunggu posting selanjutnya seketika nanti~

Sunday, June 22, 2008

Beberapa Gambar Sekitar Kem Ibadah Tahun 6

Berikut adalah sedikit sedutan gambar sekitar Kem Ibadah Tahun 6 SKSV yang berlangsung 20-21 Jun 2008. Secara amnya, kem yang dianjurkan ini mencapai objektifnya pada kadar minima. GPI SKSV turut mengambil peluang di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih pada guru-guru yang hadir memberi khidmat sokongan bagi menjayakan Kem Ibadah pada kali ini.

Dari segi kehadiran, 36 daripada 39 telah hadir menyertai kem. 3 murid yang tidak hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan
.

Di surau: Para peserta sedang khusyuk mendengar kuliah Maghrib yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari SK Pos Bersih.

Menikmati makan malam dengan menu istimewa di kantin selepas solat Isya'. Murid perempuan pula menikmat hidangan di kawasan berasingan.
Slot 1: LDK Sesi Malam 10.00 - 11.00pm. Tajuk: Hadas Kecil Dan Hadas Besar.

~bersambung dalam posting berikutnya...~

Wednesday, June 18, 2008

Senarai Barang Perlu Bawa - K.I.T 6



Berikut adalah senarai peralatan yang perlu dibawa oleh murid semasa Kem Ibadah Tahun 6.


1. Pakaian

- Baju Melayu / Baju kurung

- Pakaian harian

- Pakaian sukan (Riadhah)

- Kasut dan selipar


2. Alatan solat

- Songkok / Kopiah

- Telekung

- Sejadah


3. Alatan mandi

- Tuala

- Berus dan ubat gigi

- Sabun


4. Alatan tidur

- Tikar alas

- Bantal

- Selimut


5. Alat tulis

- Buku catatan

- Pensel dan pemadam


6. Makanan Mentah

- Beras 2 Tin Susu

- Telur 2 Biji

- Gula (1 cawan kecil)

- Sardin (1 tin)

- Bawang Merah / Putih


7. Peralatan

- Pinggan

- Gelas / cawan

- Sudu / garpu

Tuesday, June 17, 2008

Contoh Kertas Kerja

Penulis cuba untuk berkongsi contoh kertas kerja Kem Ibadah yang akan dilaksanakan di sekolah pada hujung minggu ini. Jika ada kesilapan, sememangnya kelemahan penulis. Itupun diceduk dari beberapa kertas kerja kawan-kawan. Harap maaf.

Thursday, May 29, 2008

Kertas Kerja Kem Ibadah

Salam buat pembaca, khususnya guru2 yang sedang bercuti..

Penulis ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan, sekiranya ada menyimpan contoh koleksi Kertas Kerja Kem Ibadah (khusus untuk Tahun 6) diharap dapat berkongsi dengan saya dalam apa jua bentuk. Modul2 yang sesuai juga amat dialu-alukan. (berkaitan dengan tajuk PAFA) Kerjasama anda semua amat dihargai. Terima kasih.

Perkongsian boleh diuruskan dengan beberapa cara:
1. email : nawfal_07@yahoo.com
2. shoutbox: letakkan link anda pada shoutbox
3. komen: letakkan link kertas kerja anda di dalam komen.

Syukran Jazila. Jazakallahu Khairan Kathiraw.

* untuk makluman, Program Khemah Ibadah Tahun 6 SKSV akan diadakan pada 20-21 Jun 2008.

Wednesday, April 16, 2008

Next Program : Kem Ibadah

Baru saja tamat mesyuarat kurikulum dan kewangan jam 5.20 ptg. Arahan khusus utk Panitia Pendidikan Islam.. Mengadakan Kem Ibadah (sekitar bulan Mei) yang memfokuskan kepada amalan fardhu Ain murid-murid Tahap 2. Antaranya, Bacaan dalam Solat, Solat Jamaah, Mandi Wajib, Istinja', Tayammum dan lain-lain.

Untuk itu, penulis mengharapkan sekiranya pembaca blog ada 'source' yang berkaitan, sila tinggalkan apa sahaja maklumat di ruangan komentar. (termasuk kertas kerja cadangan, contoh tentatif program atau bahan bantu yang sesuai bagi murid dalam usia 10-12 tahun) Syukran Jazila.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin