Showing posts with label upsr. Show all posts
Showing posts with label upsr. Show all posts

Friday, November 12, 2010

Tahniah...

Tahniah dari warga GPI SKSV kepada semua pelajar SKSV, terutama kepada yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR 2010. Tak dilupakan kepada 2 orang yang mendapat 4A 1B.

Ini merupakan pencapaian tertinggi dalam rekod SKSV mendapat sejumlah 8 orang 5A. Tugas berat menanti guru-guru untuk mengekalkan momentum positif ini.

Kepada semua murid, saya doakan semoga kalian mendapat tempat yang baik di alam sekolah menengah nanti... Pandai-pandailah membawa diri di sekolah baru masing-masing...

Monday, September 20, 2010

UPSR 2010

Esok, Tanggal 21 Sept hingga 23 Sept. akan bermulalah perjuangan anak murid di Tahun 6 untuk menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau UPSR.

Kini tibalah masanya murid Tahun 6 bersedia dan memasuki dewan peperiksaan dengan tenang. jangan takut tetapi tenang selalu. Ingatlah Allah sentiasa bersama dalam medan perjuangan anda..UPSR Doa adalah senjata kita sebagai orang mukmin ketika menghadapi perjuangan UPSR nanti.

Anggaplah ini sebagai langkah pertama untuk menentukan ke mana hala tuju ke sekolah menengah. Sama-samalah kita doakan kejayaan mereka. Untuk murid Tahun 6 yang dikasihi, SEMOGA BERJAYA & BUAT YANG TERBAIK untuk peperiksaan ini. Insya Allah kejayaan pasti milik kamu.


SELAMAT MENEMPUH UPSR 2010
KAMI DOAKAN KEJAYAAN ANDA
SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG
................SKSV BOLEH..............



Ini adalah sekadar 10 pelajar yang diberi harapan oleh pihak pentadbiran sekolah.. namun begitu, masih ada ruang untuk baki 39 orang calon lain untuk membuat kejutan kepada guru-guru...





Thursday, December 31, 2009

Semakan result SMKA / RK / KAA

JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK
PERMOHONAN ATAS TALIAN TINGKATAN 1
RANCANGAN KHAS/SMKA/KAA SESI 2010
(klik link di atas)


MAKLUMAT PERMOHONAN CALON UPSR 2009

Nama Sekolah : SK SLIM VILLAGE, ABA0029

Nama Calon : NURULIZZATI BT BADIUZZAMAN




T
AHNIAH!! PERMOHONAN ANDA BERJAYA!!

Jenis Sekolah : RANCANGAN KHAS NEGERI
Pilihan Sekolah : SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Kinta Utara
Tarikh Lapor Diri : 12/01/2010

Wednesday, December 23, 2009

Tahniah kerana dapat SBP..

Hari ini KPM telah mengumumkan keputusan murid yang berjaya masuk ke SBP di bawah seliaan KPM. Tahniah untuk yang layak.. kepada yang kurang berjaya, mungkin rezeki anda di tempat lain...



Nama Calon : LAILA MAHSURI BINTI AHMAD TARMIZI
Sekolah Asal : ABA0029 - SK SLIM VILLAGE

Nama Sekolah : SM SAINS HULU SELANGOR
Alamat Sekolah : ULU YAM BHARU,
Poskod : 44300
Bandar : BATANG KALI, SELANGOR




Nama Calon : NUR 'AISYAH BT HYDER SYAH
Sekolah Asal : ABA0029 - SK SLIM VILLAGE

Nama Sekolah : SM SAINS KUALA SELANGOR
Alamat Sekolah : BANDAR MALAWATI,
Poskod : 45000
Bandar : SELANGOR



Nama Calon : NUR IZZATI BINTI ABDUL LATIF
Sekolah Asal : ABA0029 - SK SLIM VILLAGE

Nama Sekolah : SM SAINS HULU SELANGOR
Alamat Sekolah : ULU YAM BHARU,
Poskod : 44300
Bandar : BATANG KALI, SELANGOR





Nama Calon : NUR AQILAH BINTI AZIAN
Sekolah Asal : ABA0029 - SK SLIM VILLAGE

Nama Sekolah : SM SAINS HULU SELANGOR
Alamat Sekolah : ULU YAM BHARU,
Poskod : 44300
Bandar : BATANG KALI, SELANGOR

Thursday, November 19, 2009

UPSR 2009.. Tahniah!


ucaplah Alhamdulillah.. Syukur kita kepada Allah.. (nyanyi mcm dalam klip)

Alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Yang Maha Esa...
Atas izinNya.. berkat doa semua pihak dimakbulkan olehNya dengan memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam UPSR 2009 seramai 5 orang telah mendapat 5A daripada 67 orang calon yang menduduki UPSR , 2 orang mendapat 4A , dan 7 orang mendapat 3A.

Terima Kasih & Tahniah buat guru2 yang bertungkus lumus & tidak jemu mendidik anak2 hingga berjaya. Mereka yang mendapat 5A ialah:

1. Nurul Izzati Badiuzzaman
2. Nor Izzati Abd Latif
3. Laila Mahsuri Ahmad Termizi
4. Nor Aqilah Azian
5. Nur Aisyah Hyder Syah.

Sementara itu 2 orang telah mendapat 4A 1B iaitu Ros Aidil Zainuddin dan Syadiyah Irdina manakala yang mendapat 3A..

1. Farhiah Mohamed Basri
2. Mohd Farra Reza Abu Kari
3. Ezzah Syamimi Roslan
4. Siti Nor Zulaikha Samuwi
5. Siti Wardah Ramli
6. Siti Khadijah Rustam
7. Nor Hidayah Johary

* Buat julung kali dalam sejarah SKSV mendapat calon paling ramai 5A iaitu 5 orang.

dan juga buat pertama kali dalam sejarah SKSV berjaya menghasilkan seorang murid Asli lulus 5 MP. Beliau ialah: Floranikanee A/P Taisin

TAHNIAH kepada semua yang berjaya!!
TAHNIAH buat warga pendidik SKSV..
Tahniah juga buat semua...
Kejayaan mereka.. kejayaan kita..

Antara Harapan UPSR...

Berikut beberapa nama yang penulis harapkan (secara peribadi) dapat memperolehi keputusan UPSR yang memberangsangkan esok..


1. NUR IZZATI BT. ABD. LATIFF
2. NURUL IZZATI BT. BADIUZZAMAN
3. FARHIAH BT. MOHAMED BASRI
4. SYADIYAH IRDINA BT. SHAHRUL
5. NUR AQILAH BT. AZIAN
6. ROS AIDIL B. ZAINUDDIN
7. MUHAMMAD NAQIYUDDIN B. M. TABARANI
8. LAILA MAHSURI BT. AHMAD TARMIZI
9. NUR AISYAH BT. HYDER SYAH
10. MOHAMAD FIRDAUS AZRI B. SAFRI
11. MOHAMMAD ANWAR B. HABEEB RAHMAN
12. SITI KHADIJAH BT. ROSTAM
13. ZURAINI BT. MOHD NAZRI
14. NURHIDAYAH BT. JOHARI
15. EZZAH SHAMIMI BT. ROSLAN

atau mungkin berlaku kejutan, nama yang tidak tersenarai pula akan muncul sebagai pelajar terbaik UPSR 2009.. siapa tahu? Hanya Allah yang tahu...

Friday, October 16, 2009

Tugas berat

Hari ini SKSV mengadakan mesyuarat kurikulum.

Antara yang ingin saya catatkan di sini:

Ustaz, pastikan semua murid Tahun 6 itu boleh menguasai Solat Fardu (terutama dalam bacaannya) dan juga tahu Mandi Wajib!


Saya pasti di semua sekolah seluruh negara sekarang, murid Tahun 6 datang sekolah dengan niat untuk berhibur, bersuka ria dan bergembira. Bagi mereka, tiada apa lagi yang perlu dirisaukan. UPSR sudah lama berakhir. Mereka mahu enjoy!

Apabila menerima arahan dari Guru Besar itu, saya sudah maklum akan tugas dan tanggungjawab yang amat berat itu. Mungkin ada yang bersetuju dengan saya. Mungkin juga ada yang mencebik muka. Arghhh! Dah memang tugas anda..

Cuma, situasinya berlainan. Di kala mereka sedang memikirkan datang ke sekolah untuk keseronokan, GPI perlu menggunakan masa yang diperuntukkan (Program Pasca UPSR) dan menyuntik kesedaran kepada anak didik ini tentang peri pentingnya bekalan ilmu Pendidikan Islam sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah.

Setakat ini, GPI SKSV cuba sedaya untuk memberi input dengan cara yang terbaik bagi mendidik murid Tahun 6 SKSV. Aktiviti yang telah dijalankan:
a) Hafazan Surah Lazim
b) Bacaan Surah Yasin
c) Solat Hajat
d) Solat Dhuha
e) Permainan Jawi

Untuk minggu-minggu yang akan datang, GPI SKSV akan cuba untuk memfokuskan pada Bacaan Dalam Solat dan Ulangkaji PAFA. Semoga ianya dapat dijalankan dengan cara yang paling menarik. Ada juga kelihatan di blog beberapa sekolah yang menayangkan slaid 'Awal Remaja' untuk murid mereka. Insya Allah akan dijalankan mengikut kesesuaian.

Friday, September 4, 2009

CEMERLANG Insya Allah..


Untuk semua calon UPSR SK Slim Village.. kami ( guru-guru Pendidikan Islam) mengucapkan 'Selamat Berjaya' kepada anda semua.. buatlah yang terbaik dalam peperiksaan akan datang.. Insya Allah anda semua akan mendapat keputusan yang CEMERLANG! Amin.

Sunday, July 19, 2009

Abolish UPSR

taken from The Star (Sunday)

Abolish UPSR, says Umno Youth

By SIRA HABIBU


KUALA LUMPUR: UPSR should be abolished to check the examination-oriented mindset at a young age, Umno Youth vice-chief Datuk Razali Ibrahim said.

He said: “The tendency among pupils and parents to focus on ‘examination’ subjects was very worrying.”

Describing the trend as unhealthy, Razali said it was best that UPSR be abolished so that pupils could have a holistic learning experience at the primary level.

He said subjects that were not included in the examination list such as the Islamic Studies, Civics, Moral Education and Living Skills were not given priority at all.

“What is the point of including all these extra subjects when pupils only focus on scoring in English Language, Bahasa Malaysia, Mathematics and Science?

“As a result, they become weak in important subjects such as Islamic Studies that is crucial for spiritual development, as well as Civics and Moral Education aimed at promoting good ethics and healthy moral values,” he said after opening the Umno Cheras annual general meeting yesterday.

Razali, who is also Deputy Youth and Sports Minister, said UPSR was used as an assessment tool to facilitate entry into boarding schools.

“But the number of places available does not match the high demand as more and more pupils are scoring 5As.

“The Government should perhaps look at other ways of screening qualified students, such as allowing only top students from the schools to enrol into top boarding schools,” he said.

Razali also called for a stop to youth campaigns that starts with the word “Don’t”.

“Youths regard the word ‘don’t’ as a form of reprimand. Young people do not like to be told don’t do this or that, or don’t smoke,” said Razali.

He also called on national housing corporation SPNB and local authorities to look into providing “transit” homes or hostels for needy newlywed young couples in urban areas.

“Rentals for apartment units and houses in urban areas are mostly beyond the reach of young couples who are just starting to build their lives.

“Perhaps such transit homes could be built for them to stay between three and five years,” he said, adding that the one-room units should be built to discourage overstaying

Tuesday, July 14, 2009

UB3 & Percubaan UPSR

Selasa 14 Julai.. maka bermulalah peperiksaan percubaan UPSR kepada semua pelajar Tahun 6. Peperiksaan ini diadakan selaras bagi negeri Perak. Bagi murid Tahun 1-5 pula, mereka turut menduduki peperiksaan pada kali ini. Ujian Selaras 3 dijalankan serentak dengan peperiksaan percubaan UPSR.


Kertas Pendidikan Islam & Jawi Tahun 6 akan diadakan pada hari Jumaat 17 Julai 2009. Manakala Murid Tahun 1-5 telah menjawab kertas ini pada hari ini.

Diharapkan agar para pelajar dapat menjawab segala soalan dengan baik dan tenang semoga kejayaan dapat dicapai. BIT TAWFIQ WAN NAJAH...

Wednesday, July 1, 2009

Bengkel Teknik Menjawab UPSR

Sebagai menghadapi UPSR yang tinggal 68 hari... dan juga peperiksaan percubaan UPSR yang akan diadakan pada pertengahan bulan Julai, SKSV menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab UPSR. Berikut adalah jadual cadangan...

Isnin 6 Julai 2009 8.30 pagi
Subjek: Matematik
Penceramah: En. Saidin B. Ardy (SK Behrang)


Selasa 7 Julai 2009 8.30 pagi
Subjek: Bahasa Melayu
Penceramah: Pn. Noridah bt. Misran (SK Aminuddin Baki)


Rabu 8 Julai 2009 8.30 pagi
Subjek: Bahasa Inggeris
Penceramah: Pn. Normah Bt. Sulaiman (SK Besout 4)


Khamis 9 Julai 2009 8.30 pagi
Subjek: Sains
Penceramah: Pn. Hjh Rahmah Bt. Nik (SK Balun)

* tertakluk pada pindaan

Tuesday, January 27, 2009

Ex-SKSV 2008 - Sekolah Agama

Salam untuk semua..

Saya sedang mencari maklumat.. tentang di manakah murid UPSR tahun lepas menyambung pelajaran mereka...

Kebanyakannya bersekolah di SMK Slim dan SMK Datuk Zulkifli Mohamad di Pekan Slim River.
Cuma 3 orang yang saya baru dapat tahu hari ini


1. Muhammad Muslim B. Hashim -SMA DAERAH BATANG PADANG, BIDOR
2. Muhammad Haziq Ilman B. Hamizon -SMA DAERAH BATANG PADANG, BIDOR
3. Ummi Muslimah Bt. Haji Hashim - SABK Maahad Abasiyyah Sungkai

Secara jujurnya, saya sangat seronok (rasa sejuk hati) bila ada murid-murid saya yang menyambung pelajaran di sekolah menengah aliran Agama.
* Bukan saya menidakkan kualiti SBP atau MRSM yang ada.. cuma itu pendapat peribadi saja..


Semasa di sekolah lama (SK Selat Pulau ABA8029), murid cemerlang UPSR mendapat tempat di SBPI Gopeng (4 orang), SMKA Slim River (2 org), SMKA BOTA (2 org), SARJANA Kg. Gajah (1 org), SERATA Taayah (1 org)..

Jikalau boleh saya recall nama mereka di sini:
1. Amirul Rahim -SBPI
2. Intan Suraya - SBPI
3. Nor Farahin -SBPI
4. Amirul Rahman - SMKA Bota
5. M. Faris Izzat - SMKA Slim River
6. Nabilah - SBPI
7. Amirul Anuar - SMKA Bota
8. Nor Hidayah - Taayah
9. Ridzwan - SARJANA

Saya doakan agar murid SKSV UPSR 2009 (50 MURID ISLAM) ada yang akan terpilih memasuki mana-mana sekolah yang saya sebutkan di atas... atau sekolah agama lain yg tidak saya sebutkan disini.. tetapi ada di SINI


Thursday, November 13, 2008

Wajah UPSR






UPSR 2008

Antara beberapa keputusan Murid SKSV untuk UPSR (bukan semuanya)


3A 2B
Nur Hasanah Masri
Noor Suhaiza

3A 1B 1 C
M. Najib Ridzuan
Hasnain

2A 3B
M.Haziq Ilman
M. Shahril Ayob
Nor Eliya Syafiqa

2A 2B 1C
M. Najib Ismail
Nur Ain Mat Anisan

2A 1B 2C
Farrah Wahidah
Hafiez Azizi
Siti Nur Syakila

2A 3C
M. Syafiq Fauzi
M. Zulfikar Syafari


Saturday, November 8, 2008

Keputusan UPSR Khamis depan

PUTRAJAYA: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 akan diumumkan Khamis depan, demikian diumumkan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, petang ini.

Beliau berkata, semua calon peperiksaan boleh mengambil keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi. - B.Harian



Saturday, October 18, 2008

Sejarah dalam UPSR 2010 - Pendidikan Islam ?




KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran sedang mengkaji kemungkinan memasukkan mata pelajaran Sejarah dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sekiranya subjek itu diajar bermula di peringkat tahun tiga sekolah rendah, pada 2010.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, berkata perkara itu dikaji dalam Transformasi Kurikulum Sekolah Rendah dijangka beroperasi 2010.

“Kita mengambil kira saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu subjek Sejarah diwajibkan di peringkat sekolah rendah bermula tahun tiga sehingga tingkatan lima.

“Sukatan pelajarannya ditentukan selepas perbincangan mendalam dilaksanakan membabitkan semua pihak dan mereka berminat," katanya.

dipetik dari Harian Metro 17 Okt. 2008


~~~~~~~
* Bagaimana pula dengan nasib subjek Pendidikan Islam? Seingat penulis, pada tahun 2004 pernah kedengaran sosek-sosek mengatakan ianya akan dimasukkan ke dalam subjek UPSR.. namun hingga sekarang ianya BELUM menjadi kenyataan.. Tup..tup.. subjek SEJARAH pula yang mendapat tempat. Diharapkan kita semua, ibu bapa dan guru-guru yang inginkan anak muridnya mengambil berat dalam pencapaian subjek ini, warga GPI dan pegawai-pegawai di BPI (Bhgn Pendidikan Islam) akan terus berusaha memartabatkan subjek Pendidikan Islam ke arah makam yang lebih terbilang.

Tuesday, September 9, 2008

UPSR bermula..

Slim Village: Jam 8.00 pagi ini akan bermula peperiksaan UPSR untuk 52 orang calon di SK Slim Village.. 40 murid beragama Islam manakala selebihnya murid bumiputera (Asli). Penulis mendoakan agar semua calon yang hadir pada hari ini dapat menjawab kertas peperiksaan dengan tenang. Kesihatan murid juga turut dibimbangkan memandangkan ada juga beberapa murid dilaporkan mempunyai simptom-simptom demam. Mungkin mereka dilanda 'demam UPSR'.. dan bukannya demam chikugunya (Nauzubillah min zalik). Kepada murid-murid yang tergolong dalam 'kumpulan target' penulis harapkan anda semua berikan yang terbaik...

1. Nor Hasanah Masri
2. Siti Syakila Ismail
3. Farrah Wahida Rosli
4. Nurain Mat Anisa
5. Nor Suhaiza Noor
6. Mohd Muslim Hj. Hashim
7. Mohd Nasharuddin Zamri
8. Mohd Zulfikar Syafari Agusyair
9. Mohd Najib Ismail

Juga nama-nama lain yang tidak disenaraikan.. turut didoakan anda dapat memberikan yang terbaik... demi menaikkan nama SKSV ke persada yang lebih baik... Insya Allah

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin