Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

Saturday, October 18, 2008

Sejarah dalam UPSR 2010 - Pendidikan Islam ?




KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran sedang mengkaji kemungkinan memasukkan mata pelajaran Sejarah dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sekiranya subjek itu diajar bermula di peringkat tahun tiga sekolah rendah, pada 2010.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, berkata perkara itu dikaji dalam Transformasi Kurikulum Sekolah Rendah dijangka beroperasi 2010.

“Kita mengambil kira saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu subjek Sejarah diwajibkan di peringkat sekolah rendah bermula tahun tiga sehingga tingkatan lima.

“Sukatan pelajarannya ditentukan selepas perbincangan mendalam dilaksanakan membabitkan semua pihak dan mereka berminat," katanya.

dipetik dari Harian Metro 17 Okt. 2008


~~~~~~~
* Bagaimana pula dengan nasib subjek Pendidikan Islam? Seingat penulis, pada tahun 2004 pernah kedengaran sosek-sosek mengatakan ianya akan dimasukkan ke dalam subjek UPSR.. namun hingga sekarang ianya BELUM menjadi kenyataan.. Tup..tup.. subjek SEJARAH pula yang mendapat tempat. Diharapkan kita semua, ibu bapa dan guru-guru yang inginkan anak muridnya mengambil berat dalam pencapaian subjek ini, warga GPI dan pegawai-pegawai di BPI (Bhgn Pendidikan Islam) akan terus berusaha memartabatkan subjek Pendidikan Islam ke arah makam yang lebih terbilang.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin