Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Wednesday, February 3, 2010

Gambar Sukan 2010

Berikut adalah rangkuman gambar terpilih sepanjang Sukan Tahunan 2010, usai dijalankan pada 28 Januari 2010.

Kredit kepada empunya kamera Cikgu Kharol.

Acara tarik tali yang dijalankan pada 22 Jan. 2010 (Jumaat)

Kelihatan Setiausaha Sukan sedang mengumumkan keputusan rasmi acara Tarik Tali.
Final Lelaki : Biru vs Merah
Final Perempuan : Hijau vs Biru

Acara Sukaneka.
Dijalankan pada 27 Jan 2010 (Rabu)
Tahun 1: Baling Gelung Rotan dalam kon


Acara Tahun 2: Leret Bola Hoki

Acara Tahun 3: Golek Tayar

Khamis 28 Januari 2010 (pagi)
Sesi Memindah & Memasang Khemah.
Raptai Penuh



A: Lintasan Bendera Rasmi Kejohanan
B & D: Kontinjen Rumah Hijau (maskot Sesumpah)
C: Kontinjen Puteri Islam


Kontinjen Pengakap & Rumah Kuning sedang melintasi Pentas Utama dan melakukan tabik hormat.
Maskot Rumah Kuning: Donald Duck.

Kontinjen PBSM dan Rumah Biru.
Maskot Rumah Biru: Obor-obor hasil sentuhan Ustazah Ida, dibantu oleh guru-guru lain.

Rumah Merah dengan maskot Strawberi.
Pembawa Bendera ber-rayban hitam, lagak si buta.

Perasmi: YDP PIBG SKSV Tn. Hj. Mohamad Basri B. Hashim dengan diiringi oleh PK 1 Pn. Zaharah Saaid dan PK Koku Pn. Hjh. Siti Jamaliah Ramli

Bahawasanya kami.. Murid SK Slim Village.. (bacaan Ikrar Kejohanan oleh Mohd Syazwan dari Rumah Biru)
B: Pengerusi Majlis pada hari ini: Pn. Nurul & Pn. Nisa'
D: Ya Allah, berikanlah kemenangan untuk rumah sukan kami. Amin.. Amin.. Ya Rabbal Amin.






A & C: Antara hadirin yang memenuhi khemah ibubapa.
B & D: Ikrar sedang dibacakan.


A: Ucapan Perasmian.
B: Para peserta tidak sabar untuk menunggu acara masing-masing
C: Para Pencatat Dalaman begitu serius menunggu keputusan yang akan tiba ke meja mereka.


A: Pelepas Terbaik.. Cikgu Samsul Ali
B: Starting Block.. Ke Garisan.
C: Cikgu Rumah Merah memberi motivasi terakhir kepada atlit harapannya.
D: Side-coaching dari guru rumah Hijau.. "Laghi la... deghah lagi... bakpo tok laju??"

A: Acara 100M Kelas A Lelaki
B: Pemenang Acara Lontar Peluru P Terbuka
C: Acara Sukan PraSekolah dan Pendidikan Khas akan bermula..

A: Pemenang acara apa.. tak penting acaranya, yang penting warna bajunya.. (jangan marah!)
B: Nor Syakila Riduan (murid Pra) sempat senyum pada kamera sambil menarik bola
C: "Laju.. laju.. cepat..." jerit Cikgu Dini
D: 3 guru rumah sukan yang sering memberikan kata-kata semangat buat atlet mereka. Di mana guru rumah Kuning?


A: Pemenang acara lari 100M Berpagar yang diadakan di sebelah pagi
B: Wakil rumah menerima hadiah untuk acara sukaneka
C: Acara 100 M Kelas B akan bermula.
D: Pandangan khemah murid dari tengah padang

A: Tempat pertama.. Rumah Merah!
B: Dengar sini semua... (acara 4 x 100 jemputan)
C: Acara 4 x 50M Kelas C Tahun 1 & 2
D: Eh! kenapa merah pass baton pada biru???


A: Atlit Rumah Hijau sedang mendahului
B: Pegawai Sukan sedang menyusun papan kedudukan rumah sukan terkini
C: Jemputan dari SK Ulu Slim dan SK Slim River
D: Wakil SJKC Ho Pin menerima pingat


A & C : Kuartet kebanggaan SK Slim Village (Ketiga untuk Lelaki, Johan untuk Perempuan)
D: Ucapan penutup dari Puan Zaharah Saaid

TAHNIAH UNTUK RUMAH MERAH.
Bermula dari rank ke 4 sebelum acara akhir sukan bermula, memintas 3 rumah lain dan akhirnya muncul sebagai Juara di penghujung Temasya Sukan 2010.

KEDUDUKAN AKHIR:
1. MERAH
2. BIRU
3. HIJAU
4. KUNING

Monday, April 13, 2009

Bola Tampar Lelaki Prgkt Daerah

Kata orang.. gambar membawa 1001 pengertian..
penulis tidak mengulas dengan terperinci setiap gambar yg dipaparkan di bawah.
Semuanya ada...


Esok: Bola Tampar Perempuan Peringkat Daerah

KLIK PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT DENGAN LEBIH JELAS DAN BESAR
















Tuesday, March 10, 2009

Sukan Pendidikan Khas Daerah B.P.

KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS
PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG 2009


Tarikh : 4 dan 5 Mac 2009
Masa : 2.30 ptg – 5.00 ptg & 8.00 pg - 1.00 ptg
Tempat : Kompleks Rakan Muda , Kampar , Perak


Kontinjen SK Slim Village telah menghantar seramai 14 peserta yang disertai oleh 4 orang guru, seorang pembantu pengurusan murid dan 9 orang murid Pendidikan Khas.

Acara yang dijalankan selama 2 hari ini telah disertai oleh wakil-wakil dari 13 buah program integrasi pendidikan khas peringkat daerah.

Senarai nama Kontinjen SK Slim Village

1. Pn Adila bt Osman ( Ketua Kontinjen )
2. Pn Rosnani bt Din ( Penolong Ketua Kontinjen dan Pengurus Peserta )
3. En Muhammad Farhan bin Samsudin ( Pengurus BP Lelaki )
4. Cik Gomathi a/p Kalimuthu ( Pengurus BP Perempuan )
5. Cik Siti Nursofiana bt Sopian ( Pengiring Murid )
6. Husin Bin Abu Bakar ( Peserta )
7. Earen a/l Ramlan ( Peserta )
8. Andry a/l Rahim ( Peserta )
9. Calvin Luis a/l Johnson ( Peserta )
10. David Luis a/l Johnson ( Peserta )
11. Muhammad Shah Airul Aiman bin Rully Andrian Shah ( Peserta )
12. Norazliza bt Ali Aziz ( Peserta )
13. Mas Niza a/p Pinang ( Peserta )
14. Puteri Najwa bt Samsul Naprin ( Peserta )

Kebiasaannya kejohanan olahraga biasakan dijalankan di padang-padang sekolah . Akan tetapi pada tahun ini pihak pengelola telah mengadakan di Kompleks Rakan Muda, Kampar yang suasananya seakan-akan stadium. Ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid bagaimana suasana sebenar seandainya mereka terpilih di peringkat yang seterusnya .

Acara yang disertai oleh peserta-peserta dari SK Slim Village adalah acara 100m , 200m, 4x100m , lompat jauh , lontar peluru dan 50 m kategori down sindrom. Hanya peserta yang menyertai acara 50m down sindrom iaitu Muhammad Shah Airul Aiman bin Rully Andrian Shah sahaja yang berjaya meraih johan.

Manakala peserta yang menyertai acara lain tidak berjaya meraih sebarang tempat. Namun begitu pengalaman dan pendedahan yang mereka dapat tidak ternilai harganya dan akan meneruskan usaha yang lebih gigih pada tahun-tahun yang berikutnya .





Kontinjen SKSV bersama Pn. Hjh. Siti Jamaliah (PK Koku SKSV)



Ceria.. sebelum perbarisan



Kuartet 4 x 100 M lelaki



Peserta SKSV di lorong paling kanan dalam gambar (Masniza)



Sentiasa ceria.. 1..2... snap!

.




Sunday, March 1, 2009

Gambar Hari Sukan Edisi 1

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil pada Hari Sukan SK Slim Village yang berlangsung pada hari Sabtu 28 Feb 2009. Ini adalah Edisi 1.. (insya Allah akan menyusul edisi 2 dan seterusnya..)

*Coretan pada gambar sekadar penambah saja.. mohon maaf jika ada yang kurang sesuai pada hati pembaca..



A: Jam 7.30 pagi.. semua murid bersiap sedia untuk ke padang
B: Kontinjen Rumah Biru keluar dari bilik 'makeup'...
C: Rumah Kuning pun dah bersemangat..
D: Kami ni tak masuk perbarisan rumah... tak kisah la.. asalkan rumah sukan kami hebat



A: Rumah Kuning... Farhiah berbaju kurung
B: Rumah Hijau...hebat ni.. semua dah selendang hijau...
C: Rumah Merah..Rizal.. nak pinjam topi cendawan tu, boleh?
D: Rumah Biru... ibu rama-rama sedang ikat sesungut anaknya...




A: PBSM: Pembawa Bendera Mohd Naqiyuddin Tabarani
B: Kanak-kanak riang.. Pra Sekolah Harmoni dan Sentosa
C: Puteri Islam: Bendera dibawa oleh Khairul Nor Syafiqah
D: Kau.. Terlalu Istimewa... (murid Pendidikan Khas SKSV)


A: Hai.. saya Harimau Kuat.. (eh! bukan yang serbuk pencuci tu..)
B: Malunya.. jadi cendawan gergasi.. tutup muka pulak... orang tak kenal kamu la Aishah..



A: Nampak tak badan saya ni.. saya ulat bulu...
B: Rama-rama terbang merata.. sungguh cantik aneka warna..




A: Markah sebelum Sukan.. hebat Kuning! 100M!
B: Hai.. kamu semua sukan.. aku pulak yg kena kurung... (kejap lagi bebas la tu..)
C: Pn. Guru Besar SKSV.. bersama Ketua Rumah Hijau... Lawa topi koboi?
D: Pembawa bendera kejohanan.. (masa nak ikat bendera nanti.. kami panggil Cg Azian aa.. susah la pakai glove ni)


A: Lintas hormat... lintas langsung...
B: MC Sukan Fasa 1... Cikgu Z
C: VIP (perasmi Hari Sukan) bersama YDP PIBG dan GB SKSV
D: Selesai lintas hormat...


A: Puteri Islam (3rd-place perbarisan Unit beruniform)
B: Rumah Hijau..
C: Pengakap (2nd place perbarisan Unit beruniform)
D: Maskot Rumah Hijau...


A: Rumah Kuning
B: Tunas Kadet Remaja Sekolah
C: Zaidi selaku pembawa bendera Rumah Kuning
D: PBSM (1st place perbarisan Unit beruniform)




A: Rumah Merah
B: Guru dan pembantu Pra Sekolah.. serta murid-murid mereka
C: Aisyah.. kenapa pegang senget? katanya: 'Stail'...
D: Guru Pend. Khas bersama murid-murid istimewa.. Farhan, sengeh jer!


A: Rumah Biru..
B: Pandangan sudut tepi
C: Senyum je rama-rama ni...
D: Takut nak ambil close-up harimau.. dia dah nak lemas kepanasan tu.. tak lama selepas tu, dia pun terbaring di unit kecemasan..


A: Saya dengan lafaz mulia 'basmalah' .. merasmikan...
B: Burung! Kenapa ni? Tak nak keluar ke? meh keluor meh...
C: Terbang jua akhirnya kamu ye...
D: Jurukamera bertugas...

Saturday, February 28, 2009

Early Edition





Cetakan awal akhbar Ahad... gambar-gambar masih belum sempat diedit... semua guru masih kepenatan.. Harap semua pengunjung dapat bersabar... Reporter pula sibuk menguruskan MTQ yang akan berlangsung di SKSV Isnin ini...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin