Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, February 4, 2010

E-Pangkat ?

MAKLUMAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) BAGI PELAKSANAAN SISTEM ePANGKAT UNTUK URUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT 2010 (DG41 KE DG44)


Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) akan melaksanakan urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat melalui Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat) pada tahun 2010 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS). Bagi menjayakan sistem ini, tuan/puan adalah dipohon untuk mengenalpasti PPPS DG41 yang tahun lantikannya adalah pada 1999 sehingga 2005 dan seterusnya menyerahkan borang yang dilampirkan kepada PPPS berkenaan untuk dilengkapkan.


* Contoh borang E-Pangkat dari PPD Klang, Selangor : klik sini

* Untuk rekod, seramai 3 orang guru SKSV layak untuk mengisi borang E-Pangkat

Monday, February 1, 2010

Lagi info PPD.BP

Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Tapah mempelawa kepada semua guru agama sekolah menengah dan sekolah rendah yang berminat untuk permohonan menduduki Peperiksaan Tauliah Mengajar Agama, sila dapatkan borang tersebut di Unit Pendidikan Islam PPD Batang Padang.

Borang dan pemprosesan adalah percuma.

Mohon kerjasama sekolah memaklumkan kepada Ketua Panitia untuk dimaklumkan kepada semua guru agama sekolah.

Sebarang urusan sila rujuk Tn. Hj. Mohd Halim bin Hj. Musa atau hubungi talian 017-3220665

Kerjasama pihak tuan untuk memartabatkan institusi dakwah agama islam amat kami hargai dan semoga diberkati Allah.

Terima kasih.
- link dari sini

Sunday, October 18, 2009

Sektor Pendidikan Islam telah berpindah ...


3 Sektor di Jabatan Pelajaran Perak akan beroperasi di bangunan baru bermula 15 Oktober 2009. Sektor yang terlibat ialah ;
a. Sektor Pendidikan Islam
b. Sektor Pengurusan Akademik dan
c. Sektor Jaminan Kualiti

Bangunan baru ini terletak di bangunan Maybank Trust berhampiran Padang Ipoh. Semua sektor akan ditempatkan di tingkat 14 bangunan tersebut.

Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Perak, Tn Hj Muhamat Roli b Hj Hassan dalam ucapan alu-aluannya semasa Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat di bangunan tersebut mengingatkan pegawai-pegawai agar dapat meningkatkan mutu kerja di bidang masing-masing dan dapat bertugas dengan selesa. Beliau turut membayangkan beberapa kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua kakitangan apabila berada agak jauh daripada pejabat induk.

Alamat Pejabat Baru
Tingkat 14, Menara Kinta
No 28, Jalan Tun Sambanthan
30000 IPOH

info dari: http://www.jqafsksb.blogspot.com/

Saturday, February 7, 2009

Sedikit info

Maaf atas ketiadaan posting baru sejak beberapa hari lalu.

Di sini disampaikan info ringkas berkaitan..

Jumaat (6-2-09)
SKSV telah menghantar Team Bola Jaring ke Peringkat Daerah. Diadakan di SK Bidor 2 (Jalan Bidor - Teluk Intan). Maklumat terkini mengenainya belum diperolehi.

Isnin (9-2-09)
Cuti Thaipusam

Selasa - Khamis :
Dua guru SKSV akan ke SMT Seri Iskandar, Perak Tengah untuk Pertandingan Ragbi Sentuh Peringkat Negeri. Cg Fadzyan akan bertugas sebagai Pengadil (sejak 2006) manakala Cg Yusri selaku Pegawai Teknikal Pasukan daerah Batang Padang. SELAMAT BERTUGAS.

Rabu (11-2-09)- Petang
Insya Allah akan diadakan Majlis Hari Anugerah Cemerlang Sesi 2008. Masa 2.30 - 5.00 petang. Setakat ini, nama perasmi belum dimuktamadkan dan tertakluk pada pindaan terakhir.

Persiapan akhir telah berjalan rancak terutamanya pada hari Jumaat lalu, di mana AJK Pentas yg diketuai oleh Cg Samsul telah mula menggantung langsir pentas baru dan mengecat dinding dewan. AJK Hadiah pula sedang sibuk membalut Hadiah untuk murid-murid. SU majlis telah mengedarkan surat jemputan kepada ibubapa murid yang terlibat sahaja. Manakala AJK Persembahan tidak dapat dikesan sejak awal minggu ini, dan dipercayai telah dilarikan ke Shah Alam untuk lompat parti (gurau sikit! jangan serius sgt..) Oleh yang demikian, persembahan pada hari tersebut DIBATALKAN.






LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin