Pada hari Sabtu yang lalu, blogger GPI SKSV telah diberikan kepercayaan untuk mengendalikan slot LADAP 'Membina Blog'. Walaupun beliau bukanlah penceramah terbaik dalam bidang ini, namun beliau menyahut cabaran untuk berkongsi maklumat dengan semua guru SKSV tentang ilmu asas membina blog dan kepentingannya.
Sesi bermula seawal jam 8.30 pagi, di mana kecekapan dan kepakaran Penyelaras Bestari SKSV (En. Halin) untuk menyediakan 2 router wireless dan juga beberapa cable sebagai 'standby' untuk semua guru. Semua guru telah diingatkan supaya membawa komputer riba (milik sekolah atau sendiri) bagi melancarkan proses pembelajaran.
Sesi berhenti rehat kira-kira jam 10.30 pagi dan disambung semula 30 minit kemudian.
Kelancaran proses PnP pada hari ini turut dibantu oleh beberapa fasilitator yang 'familiar' dengan alam blog seperti: Cikgu Zakaria, Cikgu Redza, Cikgu Halin, Cikgu Farhan dan Cikgu Adila. Saya amat berterima kasih kepada mereka kerana memudahkan urusan saya pada hari tersebut.
Masa berlalu begitu pantas. Jam 12.30 kebanyakan blog telah mula terhasil. Untuk peringkat awal, saya tidak menetapkan guru untuk menulis mengikut Panitia masing-masing. Cukuplah sekadar mengetahui asasnya, dan ditambah dengan beberapa gadget mudah. Hasilnya anda boleh saksikan link-link baru yang saya pautkan dari Blog SKSV 0029 (Blog Sekolah).
Turut dimuatkan di sana, beberapa gambar berkaitan ladap pada hari tersebut. Selamat...