Showing posts with label jqaf. Show all posts

Monday, February 21, 2011
Selamat Datang ke SKSV
...bagi pihak, warga SKSV mengucapkan Selamat Datang Ahlan wa Sahlan kepada guru baru Opsyen KPLI jQAF B.Arab Ambilan 2011... bagi menemankan Ustazah Ida Noor Fauzana yang telah sekian lama berhempas pulas mengajar B-Arab di SKSV sejak 2006...
Friday, November 5, 2010
Kem Bestari Solat Perdana

Pada hari Khamis yang lalu (4 Nov. 2010), Panitia Pend. Islam dengan kerjasama guru-guru telah berjaya mengadakan Kem Bestari Solat Perdana. Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi berakhir pada jam 1.00 tgh.
Slot pertama dimulakan dengan Taklimat Umum dan diikuti dengan sesi Riadhah bersama Cikgu Farhan.
Slot berikutnya pula, murid ditayangkan multimedia berasaskan tajuk-tajuk berkaitan Bersuci, Bacaan Dalam Solat, Syarat Wajib Solat, Syarat Sah Solat dan Perkara yang Membatalkan Solat.
Selepas rehat, murid dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan dibawah seliaan dua orang guru.
Tajuk-tajuk yang ditekankan pada hari ini ialah semakan Amali Wuduk, Amali Solat, Bacaan dalam Solat.
Program pada hari ini sepatutnya melibatkan jumlah murid seramai 160 orang dari Tahun 1 hingga Tahun 5. Namun, disebabkan mutakhir ini kehadiran semakin berkurangan maka jumlah kehadiran hanyalah 120 orang. Tugas guru dipermudahkan dengan bantuan semua murid Tahun 6 (bukan kohot jQAF) sebagai pemudahcara dan pembantu murid dalam menyemak serta mengawal pergerakan murid.
Penulis ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan KBS Perdana pada kali ini. Hanya Allah jua lah yang mampu membalas jasa baik kalian.
Tuesday, October 12, 2010
Majlis Kecemerlangan jQAF 2010
Program 1 : Kem Bina Juara
Tarikh : 12 -14 Oktober 2010
Hari: Selasa - Khamis
Lokasi : Pusat Kokurikulum Daerah, Tapah.
Peserta : 5 orang murid terpilih dari 10 buah sekolah jQAF kohot 2005.
Program 2: Kem Literasi Al-Quran
Tarikh: 18 Oktober 2010
Hari : Isnin
Lokasi : Sekolah-sekolah terpilih mengikut Kelompok.
Peserta : Murid terpilih berdasarkan e-laporan jQAF Jun 2010.
Program 3: Mukhayyam B. Arab
Tarikh: 20-21 Oktober 2010 / 18-22 Oktober 2010
Lokasi : Pusat Kokurulum Daerah / Sekolah-sekolah terpilih.
Peserta: 30 orang terpilih berdasarkan e-laporan jQAF Jun 2010

Tuesday, November 3, 2009
E-Pelaporan jQAF
Perhatian kepada Semua Guru Besar sekolah j-QAF
Diminta semua guru data j-QAF setiap sekolah hadir menghantar data yang telah dikemas kini untuk 6 bulan kedua pada seperti butiran berikut:-
Tarikh : 5.11.2009 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 4.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan PPD Batang Padang
Keperluan :
1.disket/cd data yang telah disimpan
2. Laptop
3. Buku Despatch (surat tidak dikeluarkan)
Penghantaran Data j-QAF adalah wajib. Sila ambil perhatian.
Terima kasih.

Thursday, February 26, 2009
Kisah seorang ustaz...
Dipetik dari Saifulislam.com
Entry asalnya bertajuk : SEKOLAH RENDAH ITU 'TINGGI'... Berlaku pada tahun 2004.
Disiarkan semula buat pembakar semangat guru-guru jQAF seantero negara... Anda semua hebat!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Kamu pergi apply JQAF tu cepat. Esok tarikh tutupnya”, pesan bapa saudara saya.
Saya terpinga-pinga. JQAF itu apa?
Saya baru sahaja pulang ke Malaysia. Ramai ahli keluarga yang kelam kabut mencarikan kerja untuk saya. Hasil maklumat daripada bapa saudara saya yang merisik dengan kawan di Kementerian Pelajaran, saya digesanya memohon program JQAF.
Pagi Jumaat itu, saya ke Pejabat Pos membeli nombor PIN untuk membuat permohonan JQAF secara online. Oleh kerana saya sendiri tidak pasti JQAF itu apa sebenarnya, maka saya sengaja meletakkan syarat-syarat yang ketat di dalam borang permohonan.
Temuduga mesti di Kuala Lumpur.
Kursus mesti di Kuala Lumpur.
Mengajar juga mesti di Kuala Lumpur.
Setelah selesai bertungkus lumus mengejar masa sebelum tempoh tamat, barulah saya luangkan masa membaca dengan terpeinci tentang program JQAF yang baru pertama kali diperkenalkan ketika itu.
“Allah… mengajar di sekolah rendah!”, saya tergamam.
Segala memori saya semasa mengendalikan Belfast Islamic School selama dua tahun di Ireland, menerpa ke ingatan. Terbayang kembali betapa sulitnya kerja saya ketika itu. Saya boleh bertenang melayan kerenah orang tua yang macam-macam di masjid. Tetapi mengendalikan 70 ke 100 kanak-kanak di Belfast Islamic School, saya jadi trauma.
“Ya Allah, Ahad! Sekolah!”, saya pernah terloncat di suatu pagi Ahad kira-kira sebulan selepas saya menamatkan kontrak kerja di Belfast Islamic School.
“Alhamdulillah… dah berhenti rupanya”, saya mengurut dada sendiri.
Setiap pagi Ahad saya selalu berada dalam keadaan tertekan. Menyiapkan silibus mengajar, memeriksa gaji guru, memantau perjalanan kelas, melayan kerenah anak-anak murid… Masya Allah.
Ada yang muntah di tangga.
Ada yang bergaduh hingga pecah cermin mata.
Ada yang minta fatwa, bolehkah makan crisp perisa babi!
Tambahan pula dengan kerenah ibu bapa yang suka membesar-besarkan perkara kecil, dan memandang remeh perkara besar.
Setiap Ahad, adalah hari yang sungguh menyeksa diri. Selepas berhenti kerja, saya masih mengalami trauma apabila bangun dari tidur di pagi Ahad.
DIPANGGIL TEMUDUGA
Oleh kerana program JQAF itu menghendaki saya mengajar di sekolah rendah, saya sudah nekad untuk tidak memberanikan diri menerimanya, andai ditawarkan.
30 November 2004, saya berpindah dari rumah keluarga di Ipoh ke rumah sewa kami di Cheras. Urusan mengangkut barang, sungguh meletihkan. Terutamanya kitab-kitab yang terasa bagai himar saya memikulnya.
Keesokan harinya saya sibuk menyusun barang di rumah sehingga petang.
“Eh, macam ada sesuatu pulak hari ini. Apa ye?”, saya menggaru kepala yang tidak gatal.
“Allah… temuduga JQAF!”, saya terkejut.
Saya terlupa sungguh bahawa pada 1 Disember 2004, sepatutnya saya hadir ke temuduga JQAF di Institut Bahasa di Lembah Pantai.
“Tak ada rezekilah nampaknya”, saya termenung di atas tikar. Sofa pun belum ada.
Terlepaslah peluang saya untuk menyertai JQAF, tetapi saya tidak kesal kerana memang saya sendiri dalam teragak-agak lebih cenderung untuk menolak, andai ditawarkan.
MENGAPA TIDAK JQAF
Baru-baru ini, sahabat saya mengadu bagaimana beliau diperlekeh oleh seorang Profesor kerana menjadi ‘Ustaz JQAF’. Katanya, sia-sia mengaji jauh-jauh ke Jordan, tetapi sudahnya jadi cikgu mengajar sekolah rendah.
“Profesor tu beli title Prof dia kat pasar malam mana?”, saya membalas.
Saya sungguh terkilan dengan pandangan profesor tersebut, atau mana-mana sahaja pihak yang celupar memandang hina guru sekolah rendah. Profesor berkenaan harus sedar bahawa mungkin dia akan menjadi manusia paling bodoh, atau sekurang-kurangnya kelihatan bodoh jika dia diletakkan bersama pelajar sekolah rendah!
Saya menolak peluang untuk menyertai program JQAF bukan kerana saya memandang rendah kepada profesyen perguruan di sekolah rendah. Tidak sama sekali.
Bukankah sering saya ulang, “genius is about changing something complicated into simple”
Bukan mudah untuk menjadikan seorang yang tidak tahu membaca kepada tahu membaca.
Bukan mudah untuk menjadikan anak Melayu dari kampung Melayu mampu berbahasa Arab.
BUKAN KERANA MUDAH
Dalam erti kata yang lain, saya menolak JQAF bukan kerana ia terlalu mudah untuk saya, bahkan sebaliknya. Bonda saya sendiri adalah seorang guru di sekolah rendah. Berpuluh tahun saya melihat segala skill dan kebijaksanaannya menterjemahkan pengetahuannya untuk memandaikan si anak murid. Saya sendiri adalah salah seorang anak muridnya.
Pengalaman di Belfast juga menyebabkan saya akur, bahawa memahami ilmu agama, tidak sama dengan tahu memahamkan orang ilmu agama. Sebab itu saya memaksa diri menyambung pengajian Sarjana di bidang pendidikan di The Open University UK, kerana menyedari betapa proses mengajar di sekolah rendah memerlukan kepada segala kesabaran, kebijaksanaan, malah gabungan pelbagai disiplin lain termasuk psikologi kanak-kanak yang turut mencabar doktor di bidang paediatric.
Mengorek history dari seorang pesakit kanak-kanak bukan suatu skill yang mudah.
Pengalaman saya mengajar anak sendiri membaca, menulis dan mengira, sudah cukup mencabar diri ini… “tak cukup cerdik lagi aku ni rupanya!”
Saya tabik 1000 kali tabik kepada rakan-rakan saya yang menyertai JQAF.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Wednesday, January 14, 2009
Pembahagian Tugas Pengajaran GPI SKSV 2009
Berikut adalah pembahagian tugas pengajaran GPI SKSV 2009
Subjek Pendidikan Islam & Jawi
PRA
Pn. Hjh. Siti Jamaliah Ramli
Tahun 1(jQAF)
Pn. Rosmawati Che Darof
Pn. Nor Kalsum Hassan
Pn. Nor Azian Ismail
Pn. Ida Noor Fauzana Hj. Ahmad
Tahun 2(jQAF)
Pn. Rosmawati Che Darof
Pn. Nor Kalsum Hassan
Pn. Nor Azian Ismail
Pn. Ida Noor Fauzana Hj. Ahmad (AQ)
Tahun 3(jQAF)
Pn. Rosmawati Che Darof
Pn. Nor Kalsum Hassan
Pn. Nor Azian Ismail
Pn. Ida Noor Fauzana Hj. Ahmad (AQ)
Tahun 4 (jQAF)
Pn. Rosmina Mohamed
Pn. Nor Kalsum Hassan
Pn. Nor Azian Ismail
Pn. Ida Noor Fauzana Hj. Ahmad (AQ)
Tahun 5
Pn. Rosmina Mohamed
Tahun 6
En. Shariffuddin Ahmad
Pn. Rosmina Mohamed
Bahasa Arab
Tahun 1
Pn. Ida Noor Fauzana Hj. Ahmad
Tahun 2
Pn. Ida Noor Fauzana Hj. Ahmad
Tahun 3
Pn. Ida Noor Fauzana Hj. Ahmad
Tahun 4
Pn. Ida Noor Fauzana Hj. Ahmad
Subjek Pendidikan Islam & Jawi
PRA
Pn. Hjh. Siti Jamaliah Ramli
Tahun 1(jQAF)
Pn. Rosmawati Che Darof
Pn. Nor Kalsum Hassan
Pn. Nor Azian Ismail
Pn. Ida Noor Fauzana Hj. Ahmad
Tahun 2(jQAF)
Pn. Rosmawati Che Darof
Pn. Nor Kalsum Hassan
Pn. Nor Azian Ismail
Pn. Ida Noor Fauzana Hj. Ahmad (AQ)
Tahun 3(jQAF)
Pn. Rosmawati Che Darof
Pn. Nor Kalsum Hassan
Pn. Nor Azian Ismail
Pn. Ida Noor Fauzana Hj. Ahmad (AQ)
Tahun 4 (jQAF)
Pn. Rosmina Mohamed
Pn. Nor Kalsum Hassan
Pn. Nor Azian Ismail
Pn. Ida Noor Fauzana Hj. Ahmad (AQ)
Tahun 5
Pn. Rosmina Mohamed
Tahun 6
En. Shariffuddin Ahmad
Pn. Rosmina Mohamed
Bahasa Arab
Tahun 1
Pn. Ida Noor Fauzana Hj. Ahmad
Tahun 2
Pn. Ida Noor Fauzana Hj. Ahmad
Tahun 3
Pn. Ida Noor Fauzana Hj. Ahmad
Tahun 4
Pn. Ida Noor Fauzana Hj. Ahmad
Monday, November 10, 2008
Program Kecemerlangan jQAF Daerah Batang Padang
Tuan Rumah - Zon 1
Program: KEM SMART SOLAT
Tarikh: 11 November 08 (Selasa)
Tempat: Masjid Jamek Air Kuning, Tapah.
Tuan Rumah - Zon 2
Program: KEM BINA JUARA
Tarikh: 8 November 08 (Sabtu)
Tempat: SK Datuk Kelana,Jalan Pahang, Tapah
Tuan Rumah - Zon 3
Program: MUKHAYYAM BAHASA ARAB
Tarikh: 8 November 08 (Sabtu)
Tempat: SK Besout 4, Sungkai.
Tuan Rumah - Zon 4
Program: KEM LITERASI AL-QURAN (KLAQ)
Tarikh: 13 November 08 (Khamis)
Tempat: Masjid Jamek Sultan Idris Shah, Slim River

Thursday, October 9, 2008
Keputusan Ihtifal & Mahrajan jQAF Kelompok 5
Pada pagi tadi telah berlangsung Majlis Ihtifal dan Mahrajan jQAF Kelompok 5 Daerah Batang Padang di SK Besout 3. Semua acara bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tghari. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh En. Abd Rahim B. Abd. Majid (Timb. Pegawai Pelajaran Daerah Pengurusan Akademik) kira-kira jam 1.00 tghari.
Keputusan penuh telah dibacakan oleh Us. Munir (Ketua Juri) dari SK Sungkai.
Kalam Jamaie:
1. SK SLIM RIVER
2. SK BESOUT 3
3. SK BESOUT 4
Kuiz Fardhu Ain
1. SK SLIM RIVER
2. SK SERI BESOUT
3. SK AMINUDDIN BAKI
Tilawah L
1. SK SERI BESOUT
2. SK SLIM RIVER
3. SK KUALA SLIM
Tilawah P
1. SK BESOUT 4
2. SK SERI BESOUT
3. SK KUALA SLIM
** Johan setiap kelompok akan bertanding lagi untuk merebut Johan Daerah pada Sabtu 11 Okt. 2008 di SK Sungkai. Kepada yang berjaya diucapkan tahniah, kepada yang belum berjaya jangan putus asa... cuba lagi pada masa akan datang.. :)

Monday, October 6, 2008
Program Minggu Ini...
Untuk minggu ini, terdapat beberapa program yang telah disusun atur untuk murid-murid SKSV...
Antaranya:
1. Menyertai Ihtifal jQAF peringkat Kelompok 5 pada hari Khamis 9 Okto. 2008 di SK Besout 3
2. Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah pada hari Jumaat - Ahad 10-12 Okto. 2008
3. Menyertai Ihtifal jQAF peringat Daerah Batang Padang hari Sabtu 11 Okt0. 2008 di SK Sungkai (jika layak pada hari Khamis)

Thursday, September 18, 2008
Beberapa info untuk dikongsi...
Berikut ialah beberapa info yang difikirkan boleh dikongsi untuk semua.. terutama sahabat-sahabat GPI dari Daerah Batang Padang, Perak DR. Berdasarkan maklumat yang disampaikan semasa Taklimat SMGPI pagi tadi...
Tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
26 Sept. 2008 - Penghantaran senarai nama murid Khatam sekolah masing-masing
7 Okt. 2008 - Ihtifal jQAF Kelompok 6 : Tuan Rumah SK Sungai Behrang (F)
8 Okt. 2008 - Ihtifal jQAF Kelompok 2 : Tuan Rumah SK TTD Sakti
9 Okt. 2008 - Ihtifal jQAF Kelompok 4 : Tuan Rumah SK Trolak Selatan
9 Okt. 2008 - Ihtifal jQAF Kelompok 5 : Tuan Rumah SK Besout 3
11 Okt. 2008 - Ihtifal jQAF peringkat Daerah: Tuan Rumah: SK Sungkai
** Ihtifal peringkat Kelompok 1 : Tuan Rumah: SK Ayer Kuning
** Ihtifal peringkat Kelompok 3 : Tuan Rumah: SK Bidor 2
17 - 18 Okt. 2008 : Ihtifal peringkat Negeri : Tuan Rumah: Manjung - SM Teknik Manjung
# tertakluk pada pindaan

Thursday, September 4, 2008
Sembang Anak jQAF di Bulan Puasa
Di sebuah sekolah nun di utara Semenanjung.. terletak di laluan utama Lebuhraya menuju ke Bukit Kayu Hitam.. di dalam daerah Kubang Pasu... (Parlimen Kubang Pasu) di pekan kecil yang bernama Hosba.. (baca dengan loghat Kedah.. baru sedap dengaq..)
Situasi 1 :
Ketika sesi tasmik di dalam kelas
Murid A : Ooo.. Hang tak posa. Hang kulum pensil.
Murid B : Aku posa la!
Murid A : Batal posa hang kulum pensil.
Guru j-QAF : (Mencuri dengar perbualan mereka)
Murid A : Ustaz, kalau masuk pensil dalam mulut batal posa dak?
Guru j-QAF : Dak.
Murid A : Kalau kulum?
Guru j-QAF : Dak.
Murid A : Kalau telan?
Guru j-QAF : Kalau telan batal la.
Murid A : Wei B! Posa hang tak batal.
Guru j-QAF : (tersenyum. Inilah anak-anak j-QAF)
Situasi 2 :
Murid j-QAF sedang beratur untuk pulang dari kelas tasmik. Murid Lelaki A memberi sebuah Al-Quran kepada sorang Murid Perempuan B.
Murid Lelaki A : Tolong pi hantar Quran sat.
Guru j-QAF : Dok mengorat anak dara orang pulak ( menyampuk perbualan Murid A dengan Murid B)
Murid Lelaki A : Pi hantaq sat. Aku posa, hang tak posa.
Murid Perempuan B : Aku posa la!
Guru j-QAF : Masing-masing hantaq Quran masing-masing (tersenyum)
dipetik dari blog SK Hosba..

Thursday, July 24, 2008
Kursus JU j-QAF Negeri Perak
Kursus Jurulatih Pendidikan Islam (J-qaf) Peringkat Negeri Perak Tahun 2008 akan diadakan :
Tarikh : 28 Julai 2008 (Isnin)
Masa : 8.00 - 8.30 pg (pendaftaran)
Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri perak
Jln Tawas Baru Utara, Tasek Damai, 20010 Ipoh Perak
*Wakil SKSV : Ustzh Nor Azian Bt. Ismail

Sunday, July 6, 2008
Laman Baru "j-qaf.info"
Teks berikutnya dipetik dari laman portal j-qaf.net yang akan melancarkan satu forum khas untuk guru-guru jqaf yang ingin mencari pasangan tukar suka sama suka.. Semoga ianya bermanfaat untuk para pembaca blog...
"....Alhamdulillah, setelah mencari masa dan mengorbankan sedikit wang, j-QAF.info akan berfungsi pada 070708.
Seperti yang dijanjikan, forum khas untuk mencari partner tukar suka sama suka telah saya usahakan dan akan berfungi, insyallah, pada 070708.
Komuniti itu hanya untuk mereka yang ingin mencari partner tukar suka sama suka sahaja dan tidak mengandungi sebarang forum atau fungsi selain itu.
Terima kasih atas doa kalian semua. Syukur kepada Allah kerana memberi peluang untuk saya berbakti kepada semua melalui lahirnya j-QAF.info.
Untuk pengetahuan, forum tersebut memerlukan pendaftaran baru. Kepada yang berminat, sila daftar di http://www.j-qaf.info mulai pagi 070708...."
-sila baca sepenuhnya di sini

Monday, June 23, 2008
Pengumpulan Data Pendidikan Islam & j-QAF 2008
Seorang Guru Data Pendidikan Islam/jQAF diminta hadir:
Tarikh: 26 Jun 2008 (Khamis)
Tempat: Pusat Kecemerlangan Sukan Daerah, Tapah.
Masa: 2.00 petang
* Bawa bersama Komputer Riba, Disket Pelaporan yang telah dikemaskini. (kalau boleh print rumusan, lagi bagus rasanya)

Tuesday, June 17, 2008
E-Pelaporan Data j-QAF 2008
Berita Baik untuk Guru-guru jQAF dan Pendidikan Islam, yang sedang sibuk mengisi data murid jQAF. Bagi anda yang masih belum menerima CD yang dibekalkan pihak JAPIM, anda juga boleh download file ESETUP, ESATU, EDUA, ETIGA DAN EEMPAT dari laman web SPPIM Perak. Sebarang masalah sila hubungi alamat jqafperak@yahoo.com dengan menyatakan maklumat nama dan sekolah kepada Tn. Hj. Ahmad Lutfi Hj Abu Bakar, Pegawai j-QAF JPN Perak.
Sekiranya masih gagal, anda boleh mencuba untuk download ESEKOLAH, ESATU, EDUA dan ETIGA...
Friday, June 13, 2008
Taklimat Data e-Pelaporan Pendidikan Islam dan j-QAF Daerah 2008
Pada 12 Jun yang lalu, Guru Data j-QAF dan Pendidikan Islam dari semua SK (pelaksanaan jQAF) dan bukan jQAF (termasuk guru beredar SJKC & SJKT) di daerah Batang Padang, Perak telah menghadiri Taklimat Data e-Pelaporan Pendidikan Islam dan j-QAF Peringkat Daerah yang diadakan di Pusat Kokurikulum (Bangunan PPD Lama) Tapah bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tgh. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Pegawai Khas SPPIM PPD BP dan taklimat pengisian data pula oleh GPI SKPZ. Data yang telah siap akan dikumpul pada 26 Jun 2008.
-diadaptasi dari blog sahabat SKBesout 4 di sini
Subscribe to:
Posts (Atom)