Showing posts with label hari guru. Show all posts
Showing posts with label hari guru. Show all posts

Thursday, May 20, 2010

Sambutan Hari Guru yang ringkas di SKSV

Pada hari Isnin 17 Mei 2010, SKSV telah mengadakan Sambutan Hari Guru secara ringkas tapi penuh bermakna.

Majlis yang dipengerusikan oleh Cikgu Zakaria Abdullah Sani, dimulakan dengan bacaan Doa Hari Guru oleh Us. Shariffuddin Ahmad.

Seterusnya Bacaan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia oleh GPK HEM Pn. Faridah Mat Khalil. Diikuti pula Bacaan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh GPK Pentadbiran Pn. Zaharah Saaid.


Majlis diteruskan lagi dengan Ucapan Ketua Murid oleh adik Mohd Firdaus Shamsul dan Ucapan Terima Kasih Cikgu daripada Yang Dipertua PIBG SKSV En. Mohd Basri B. Hashim.

Mengakhiri ucapan pada hari tersebut ialah Ucapan Khas oleh Guru Besar SKSV Pn. Hjh. Jamilah Bt. Ismail. Di samping itu juga, SKSV didatangi oleh wakil dari Bank Rakyat Tg. Malim menghadiahkan Kek Hari Guru.

Bacaan Ikrar Guru, Nyanyian Lagu Guru Malaysia dan Guru Pembina Negara Bangsa disempurnakan dengan diketuai oleh Cikgu Fadzian Helmy Zulkipli.

Persembahan khas Sajak Guru Oh Guru disampaikan oleh Cikgu Azian Adnan memukau seluruh penonton.

Sambutan ini berakhir kira-kira jam 10.30 pagi dan selepas itu kelas PnP berjalan seperti biasa hingga jam 2.30 petang.





Tuesday, May 11, 2010

Download Perutusan Hari Guru

Berikut adalah link kepada dua perutusan penting
yang akan dibaca pada
Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah:





Perutusan Menteri Pelajaran

Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia




Friday, May 29, 2009

Sambutan Hari Guru Fasa 2

Ringkas berkenaan Sambutan Hari Guru Fasa 2 yang disambut pada hari Jumaat 29 Mei 2009.


Kain Rentang. Disediakan oleh guru PSS (Pn. Inas).

Aktiviti 8.30 - 10.00. Gotong Royong Perdana. Kelihatan Hafizi (6 Musytari) sedang membantu gurunya mengemas bilik KH. Cg Yus,Cg Am dan Cg Yan baru pulang dari Nurseri Sg. Behrang membawa 100 kampit tanah. Manakala para pekerja swasta sedang berbincang kaedah terbaik meletakkan tanah dalam pasu yang bersaiz besar dan kecil, sambil diperhatikan oleh GB. PK Koku pula cuba 'menghempas' pasu untuk menguji ketahanan bahan yang digunakan. :)

Acara: Persembahan di Dewan SKSV 10.30 - 12.00. Dimulakan dengan Tarian Ayam *Chicken Dance* oleh murid Pra Sekolah. Cg Fadzyan: guru yang mengawal Sistem Suara pada hari ini. Seterusnya diikuti persembahan solo lagu kumpulan Raihan dinyanyikan semula oleh Adik Hussin Abu Bakar (murid Pendidikan Khas). Gambar jamuan ini adalah selepas gotong royong. Bihun goreng istimewa ini ditaja oleh salah seorang GPI yang baru 'posting' di SKSV pada tahun 2009 dan beliau baru saja mendapat tunggakan gaji untuk 5 bulan.


Persembahan murid Tahun 2 dengan lagu 'Jasa Guru'. Diikuti lagu 'Engkau Bagaikan Air Yang Jernih' dan 'Laskar Pelangi'. Diikuti persembahan Murid Asli yang berjudul: 'Ku Nanti Mu di Syurga'. Selepas itu, persembahan kemuncak: Pentomen @ Sketsa yang bermotif Hari Guru. Diarahkan oleh Cg Fadzyan, dibarisi pelakon murid Tahun 6.

Ketika jam menghampiri 12.00 tgh, sesi pertukaran hadiah diadakan. Pada tahun ini terdapat sedikit kelonggaran yang mana ianya tidak diwajibkan untuk semua guru. Seramai 27 dari 40 telah turut serta dalam acara ini.


Sambutan pada hari ini diakhiri dengan Jamuan APC yang mana guru-guru yang menerima APC 2008 bermurah hati menaja jamuan pada hari ini. Terima kasih semua.

Di kesempatan ini, GPI SKSV mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru dan murid khususnya di SKSV, dan kepada pengunjung lain amnya.

Salah silap bicara, atau ayat-ayat yang mengguris hati pembaca, harap dimaafkan kerana GPI SKSV juga insan biasa yang tidak lari dari kesilapan dan kesalahan.

الإنسان لا يخلو عن الخطاء والنسيان

Tuesday, May 19, 2009

Ringkasan Hari ini..

Salam, pagi ini murid SKSV telah menyambung kembali menduduki PKSR 1. Khamis lepas adalah hari untuk ujian subjek tertentu seperti Muzik, PSV dan Kemahiran Hidup. Kertas Ujian kali ini sebahagiannya dibeli dari MGB Daerah Batang Padang. Semua guru memasuki kelas mengikut jadual pengawasan peperiksaan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Peperiksaan.

Hari ini, pihak sekolah menerima Kek Hari Guru dan minuman ringan (sumbangan Pengusaha Kantin SKSV) Terima kasih diucapkan.

PTK ? Bagaimana dengan keputusan anda? Untuk calon-calon di SKSV, hingga ke hari ini penulis belum mendengar mana-mana guru yang berjaya mendapat keputusan penuh 4 & 4. Namun, ada juga yang mendapat 4 pada satu kertas sahaja dan 2 @ 3 pada kertas yang lain..
Antaranya: Cikgu Azian, Cikgu Redza, Cikgu Yusry, Cikgu Noredah.
Ada juga dialog yang sempat didengari semalam..
Selagi ada PTK.. selagi itulah aku akan jadi calonnya.. jangan mimpilah nak dapat 4 & 4!

Kepada yang berjaya.. TAHNIAH! kepada yang 'belum' berjaya.. kita teruskan perjuangan kita... hingga ke titisan darah yang terakhir..Insya Allah.


Saturday, May 16, 2009

Monday, June 9, 2008

Tuesday, May 20, 2008

Kisah Hari Guru

Hadiah Teristimewa, Kisah Benar Guru Tadika

Pagi 16 Mei 2005, saya dikejutkan dgn beberapa org anak murid yg meluru ke arah saya. Wajah mereka berseri-seri lalu masing-masing menghulurkan bungkusan berwarna-warni. "Cikgu...selamat Hari Guru!" kata mereka bertepuk tangan sambil berlari-lari anak mengelilingi saya. Memang saya terkejut kerana sebelum itu tidak pernah saya khabarkan pada anak-anak murid tentang tarikh sambutan Hari Guru, apalagi mengingatkan mereka. Bagi saya mereka terlalu muda dan belum dapat menilai erti sambutan Hari Guru. Rupa-rupanya saya silap. Tanpa saya menyangka pagi itu meja saya dipenuhi pelbagai jenis hadiah. Hari itu saya rasakan terlalu indah.Saya rasa disanjungi, lalu pipi anak-anak murid saya kucup tanda merghargai pemberian dan ingatan mereka.

"Terima kasih...bagitau ibu, cikgu ucapkan terima kasih, ya!" pesan saya pada Arina lalu satu kucupan singgah dipipi gebunya. Di sisi Arina, saya lihat Mariam tersengih-sengih.

"Cikgu...Mariam pun nak bagi hadiah. Tapi tak bawa hari ni, lupa. Boleh
cikgu, ya?" kata anak kecil itu bersungguh.

"Tak payahlah Mariam. Tak bagi pun tak apa, cikgu bukan minta hadiah, cukuplah Mariam ucap Selamat Hari Guru buat cikgu. Itu pun sudah buat cikgu gembira." Saya cuba memujuknya kerana tidak mahu menyusahkan Mariam dan anak-anak murid yang lain.

Sebagai cikgu, saya tahu serba sedikit latar belakang keluarga mereka. Kerana itu saya tidak mahu ada di antara anak-anak murid saya yang bersusah payah menyediakan hadiah, lebih-lebih lagi Mariam. Dia bukan anak orang senang, ibu bapa Mariam membesarkannya hanya dengan meraut lidi, mencari daun getah kering lalu menjualkannya. Sebab itu saya tidak mahu Mariam rasa bersalah bila melihat teman-teman yang lain memberikan hadiah sedangkan dia tidak membawa apa-apa. Bagi saya, lebih baiklah duit yang ada itu digunakan oleh ibu bapa Mariam untuk makan minum keluarganya, atau belikan baju baru untuk Mariam buat menggantikan baju yang kusam dan masam dek peluh.

Saya gembira mendidik murid seperti Mariam. Biarpun ibu Mariam sudah lama meninggal dunia namun anak kecil itu masih bertuah kerana ibu tirinya menyayangi Mariam tidak ubah seperti anak kandung sendiri. Buktinya setiap pagi saya lihat anak kecil itu datang ke tadika sambil dipimpin ibunya, berjalan kaki sejauh 2 kilometer setiap hari. Kalau ada yang bersimpati, di tengah perjalanan ada keluarga murid-murid lain akan menumpangkan Mariam. Kalau tidak Mariam akan terus berjalan kaki dalam panas gerimis, pergi dan balik. Begitulah setiap hari.

Esoknya sekali lagi meja saya dipenuhi dgn pelbagai jenis hadiah. Kali ini datang daripada anak-anak murid yang tidak sempat memberikannya semalam. Saya hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala bila mana sambutan Hari Guru tahun ini benar-benar meriah. Seperti biasa, pagi itu saya berdiri di hadapan pintu menyambut seorang demi seorang ibu bapa yang datang menghantar anak masing-masing. Di muka pintu sekolah, saya dengar seorang bapa berpesan; "Hadiah tu bagi kat cikgu tau." Tatkala itu saya benar-benar tersentuh kerana saya langsung tidak menyangka cukup dihargai oleh anak-anak murid yang masih kecil usianya. Dari halaman, saya lihat Mariam berpimpinan tangan dgn ibunya. Saya sambut kedua-dua mereka dgn senyuman. Sama seperti pagi-pagi sebelumnya, Mariam tiba di tabika dgn keadaan tubuh yg bermandikan peluh. Bajunya basah namun kanak-kanak itu tetap ceria, tersenyum seperti biasa.

"Cikgu! Mariam bawa hadiah untuk cikgu!" laungnya sambil ketawa.

"Kan cikgu dah pesan, Mariam tak payah bagi cikgu hadiah," kata saya lalu
mengusap rambut Mariam yang bertitisan peluh, dgn rasa kasih yg mendalam.

"Tak apa....hadiah ni best cikgu!" kata Mariam bersungguh-sungguh. Mariam meletakkan begnya di atas meja. Pantas jari-jemari comelnya membuka zip beg sekolahnya yang sudah pudar warnanya akibat dimamah cahaya matahari.

"Sekejap ya cikgu," kata Mariah yang masih tercungap-cungap kepenatan. Saya lihat Mariam mengeluarkan sesuatu dari dalam beg. Dia tersenyum sebaik menghulurkan segumpal surat khabar yang berkecai dalam genggamannya.

"Alaaa...koyak pulak, cikgu !," rungut Mariam penuh kekesalan.

Matanya membulat memandang saya yang masih setia menantinya. Beberapa anak-anak murid yang lain turut berdiri tidak sabar lihat apa yang Mariam keluarkan.

"Apa yang Mariam bawa tu?," saya tanya penuh hairan melihat sesuatu yang bulat dibungkus dengan surat khabar lama.

Saya dekati anak kecil itu lalu menyelak beg yang dibawanya. Di saat itu hati
tiba-tiba menjadi sebak sebaik melihat 5 biji buah bacang bertindihan dengan buku-buku tabikanya. Dada saya ini mula terasa berat, ada air yang mula bertakung dikelopaknya.

"Cikgu ambillah plastik, rumah Mariam tak ada plastik sebab tu mak bungkus dengan kertas. Tapi koyak pulak," katanya lincah sambil sebiji demi sebiji buah bacang dikeluarkannya dari dalam beg sekolah. Gelak tawa kawan-kawannya mula kedengaran namun Mariam masih tersenyum lalu matanya merenung saya dengan pandangan yang cukup sayu.

"Cikgu...cikgu tak suka buah bacang ke?," tanya anak kecil itu bila melihat saya merenung wajahnya dan 5 biji buah bacang yang bergulingan di atas meja. Saya cuba tahan airmata supaya tidak mengalir. Terlalu sebak rasanya.

"Takkkk..cikgu...cikgu suka sangat. Balik nanti cikgu buat sambal belacan ya," kata saya, perlahan. Suara saya bagai tersekat di kerongkong. Dapat saya lihat anak kecil itu mengukir senyum. Saya peluk tubuhnya yang masih bermandikan peluh. Tidak dapat saya gambarkan bagaimana anak kecil itu membawa 5 biji buah bacang sambil berjalan kaki sejauh 2 kilometer. Saya kucup pipinya beberapa kali lalu tidak henti-henti ucapan terima kasih saya bisikkan ke telinga Mariam.

"Bagitau mak...cikgu suka buah bacang. Terima kasih, ya," ucap saya lagi. Anak kecil itu mengangguk.

"Tengok, Mariam pun bagi hadiah kat cikgu jugak," katanya kepada kawan-kawan sambil tersenyum riang.

"Eleh...buah bacang bukan hadiah. Orang bagi hadiah kena bungkus lawa-lawa, bukan dengan kertas koyak." kata seorang anak murid yang masih tidak mengerti nilai sebuah hadiah yang sebenar-benarnya.

"Tak apa...semua hadiah cikgu suka. Balut lawa atau tidak semuanya sama. Cikgu sayang semua anak-anak murid cikgu," saya ucapkan kata-kata itu agar hati dan perasaan anak sekecil Mariam tidak terguris.

Dapat saya lihat Mariam sekali lagi ketawa lalu bertepuk suka. Beberapa titis airmata yang sejak tadi saya tahan, akhirnya tumpah dipipi. Cepat-cepat saya mengesatnya bimbang anak-anak kecil yang suci dan bersih itu perasan kerana mereka belum dapat menyelami perasaan seorang insan yang bergelar guru. Buah bacang pemberian Mariam itu saya bawa pulang dengan perasaan bangga bercampur hiba. Walaupun ia hanya 5 biji bacang, tapi hadiah itu amat istimewa. Wajah Mariam, bajunya yang dibasahi peluh dan senyumannya yang ikhlas bermain-main diruang mata saya. Tengah hari itu sambal belacan buah bacang menjadi santapan kami sekeluarga dan semasa menelannya, beberapa titis airmata ini tumpah lagi ke pipi. Terima kasih Mariam. 5 biji bacang itu merupakan hadiah paling bermakna
buat cikgu dan cikgu tidak akan lupakan sampai bila-bila.

Cikgu Rokiah - Kulim, Kedah.

(Kisah sedih dan menarik ini dibacakan oleh Cikgu Fadzian pada Hari Guru SKSV 16 Mei 2008, menyebabkan ramai guru yg terharu dan hampir menitiskan airmata..)

Friday, May 16, 2008

Rangkuman Berita Sempena Hari Guru 2008

BERITA 1...

16 Mei, 2008 18:54 PM

Kementerian Pelajaran Beri Khidmat Terbaik Kepada Warga Guru

MELAKA, 16 Mei (Bernama) -- Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kementerian akan memberi tumpuan kepada isu beban tugas guru yang menjadi agenda utama dalam penggal kedua tempoh Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.

Beliau berkata usaha memantapkan pengurusan sumber manusia, skim perkhidmatan dan perjawatan guru akan terus dilakukan.

"Usaha ini tidak akan terhenti di situ sahaja, bersama kesatuan dan persatuan guru, kita telah sepakat untuk meletakkan isu beban tugas guru sebagai fokus bersama yang perlu ditangani," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-37 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, Jumaat.

Hishammuddin berkata kementerian berhasrat mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi guru melaksanakan tugas hakiki mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran, di samping melahirkan guru dan pemimpin pendidikan bertaraf dunia.

"Kita yakin dan percaya, strategi dan pendekatan yang akan kita laksanakan mendapat sokongan dan restu kepimpinan negara," katanya.

Mengenai PIPP, beliau berkata warga pendidik di semua peringkat hendaklah meletakkan iltizam tinggi dan komitmen padu dalam menggerakkan PIPP itu.

"Daripada segi pencapaian, setakat ini kita telah membentangkan Kad Laporan PIPP sebanyak dua kali dan pada hari ini saya dengan bangganya mengumumkan bahawa bukan sahaja kita berada dilandasan yang tepat tetapi realitinya kita berjaya mendahului sasaran kita," katanya. Beliau berkata kejayaan itu adalah hasil permuafakatan semua pihak termasuk kerja keras guru.

-- BERNAMA.COM.MY

BERITA 2

PM umum 6 insentif perkasa profesion perguruan
oleh Amirullah Abdi Nur


MELAKA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan enam insentif bagi memperkasa profesion perguruan di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-37 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, petang ini.


Antara insentif itu ialah kerajaan setuju mengambil kira pengalaman guru bukan siswazah (DGA29) untuk kenaikan gred dalam skim siswazah iaitu DG41 hingga DG44.

Kerajaan juga setuju meluluskan cadangan guru gred DG41 dari skim bukan siswazah dan memegang jawatan guru besar untuk kenaikan pangkat ke gred DG44 selepas tiga tahun berkhidmat dalam jawatan itu.

--BERITA HARIAN.COM.MY--

Thursday, May 15, 2008

Sambutan Hari Guru SKSV

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
Tarikh: 16 Mei 2008 (Jumaat)
Masa: 7.30 - 12.20 p.m
Pakaian: Uniform Rasmi dan Sukan

Aturcara:
7.30 pg
Berkumpul di Dewan SKSV
Ucapan Pengerusi majlis
Bacaan Doa Hari Guru

7.45 pg
Perutusan Hari Guru
Teks Menteri Pelajaran Malaysia - Pn Hjh. Dalilah Bt. Mohd Salleh
Teks Ketua Pengarah Pelajaran - Pn. Faridah Bt. Mohd Khalil
Ucapan Guru Besar
Bacaan Ikrar oleh En. Ruslan B. Mohd Noor
Nyanyian Lagu Hari Guru

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
9.00 pg
Acara Padang -Sukaneka Guru

10.00 pg
Rehat — Jamuan Guru

10.30 pg
Acara Dewan
Persembahan Murid
Persembahan Guru

11.45 pg
Penyampaian Hadiah
Pertukaran Hadiah Guru

12.20 th
Bersurai.

Saturday, May 3, 2008

Hari Guru 2008



Mungkin terlalu awal untuk membincangkan tajuk ini. Namun apalah salahnya kita berkongsi maklumat berkenaan Sambutan Hari Guru 2008.


Tema: GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG
Lokasi Sambutan Rasmi: DEWAN SERI NEGERI, AYER KEROH, MELAKA
Tarikh: 16 Mei 2008
Masa: 4.00 ptg
Agenda: Majlis Pelancaran Perayaan Hari Guru 2008
Tetamu Utama: YAB Perdana Menteri Malaysia

info lanjut...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin