Showing posts with label bertukar. Show all posts
Showing posts with label bertukar. Show all posts

Tuesday, January 25, 2011

Yang pergi pasti berganti..

Berikut adalah senarai nama guru yang keluar dan masuk di SKSV setakat ini...

1. Guru Pen. Kanan Kurikulum
Pn. Zaharah Saaid bertukar ke SK Sungai Batu Pantai Remis
DIGANTIKAN oleh En. Abd. Jalil bin Salleh dari SK Behrang

2. Guru Pendidikan Islam
En. Shariffuddin Ahmad ditukarkan ke SK Lambor Kanan, (Perak Tengah)
DIGANTIKAN oleh Pn. Mashitah Bt. Hj. Abd Rashid SK Teluk Kemang, Port Dickson N.9

3. Guru j-QAF
Pn. Nor Azian Ismail ke SK Saujana Impian (Hulu Langat)
DIGANTIKAN oleh Pn. Siti Nor Rahil dari SK Methodist ACS Ipoh

4. Pembantu Pengurusan Murid Kelas Pendidikan Khas Intergrasi
Pn. Siti Nur Sofiana Sopian ke SK Hicom, Shah Alam
DIGANTIKAN oleh... -tiada maklumat-

Friday, January 7, 2011

Blogger telah bertukar...


Entry terakhir...

dari saya... selaku blogger SKSV yang telah bertukar ke SK Lambor Kanan mulai 5 Januari 2011.
Saya mengharapkan ada warga SKSV yang berminat untuk meneruskan / mengaktifkan blog yang telah dibangunkan sejak April 2008 ini.

Sedikit lipatan sejarah, bertukar ke SK Slim Village pada 17 Februari 2007. Sebelum itu pernah bertugas selama 2 tahun 2 bulan (penempatan pertama ) di SK Selat Pulau Kg Gajah yang terletak kira-kira 15 KM dari sekolah terkini.

Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada semua pembaca andai ada diantara entri sebelum ini yang menyentuh perasaan atau mengguris hati anda secara sedar atau tidak sengaja.

Sesungguhnya medium blog ini adalah sangat bermanfaat untuk kita (terutama warga pendidik) dalam menyampaikan maklumat semasa / menyalurkan info terkini berkaitan dunia pendidikan,

Apa yang baik itu adalah dariNYA manakala kesilapan dan kekurangan itu adalah dari saya selaku manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan...

Sehingga bertemu lagi...

Harap kalian bersabar menunggu update baru dari editor yang baru...


************

Tahniah kepada murid2 ku yang berjaya masuk ke sekolah berasrama...

1. Amirus Syahiir Amizan : SBPI Gopeng
2. Syadiyah Nazahah Shahrol : SMSains Tapah
3. A'qilah Mohd Basri : SMSains Tapah
4. Mohd Firdaus Shamsul : SMSains Tapah (menarik diri)
5. Nurhanis Safa Zaini : SMKA Slim River
6. Farah Diana Mohd Ariff : SMKA Slim River

-----------
Senarai yang berjaya ke KAA dan RK belum diperolehi...


Tuesday, November 23, 2010

Guru bertukar...

Selamat Berkhidmat di Sekolah Baru..

buat...

Puan Nor Azian Bt. Ismail merupakan guru Pendidikan Islam (opsyen jQAF) yang akan bertukar dari SK Slim Village ke negeri Selangor. Beliau akan melapor diri di sekolah baru di daerah Hulu Langat untuk sesi 2011. Beliau telah berkhidmat di SKSV sejak Januari 2006.

Saya mewakili warga Panitia Pendidikan Islam SKSV mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn. Nor Azian atas khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau di sini. Semoga beliau berbahagia dan seronok dengan suasana sekolah baru nanti.





Selain Pn. Nor Azian, terdapat tiga lagi warga SKSV yang turut memohon bertukar. Namun, buat masa ini permohonan mereka tidak diluluskan. Semoga mereka dapat meneruskan khidmat di sekolah semasa dengan terus bersemangat.

Tuesday, July 6, 2010

Selamat Berpisah...


Sebenarnya ada dua orang guru SKSV yang telah bertukar. Namun atas kesibukan admin dengan tugas-tugas baru mengakibatkan berita ini agak lewat disiarkan.


1. Pn. Zalifah Noor - bertugas di SKSV selama kira-kira 4 tahun setengah. (Mulai Jan 2006 hingga 1 Jun 2010) Bertukar ke SK Datuk Kamaruddin, Behrang Stesen. (beliau mengharapkan pertukaran kali ini sekolah terakhir sehingga pencen) memandangkan jarak sekolah yang berhampiran dengan rumah kediaman. Pernah memegang beberapa jawatan penting di SKSV termasuk Bendahari PIBG, Guru Matematik Tahun 6 dan Setiausaha Peperiksaan Dalaman) Beliau juga sedang melanjutkan pengajian Master Pendidikan (Masalah Pembelajaran Kanak-kanak -Matematik) di UPSI Tg. Malim. Selamat Maju Jaya.

2. En. Zakaria Abdullah Sani - bertugas di SKSV sejak Jan 2009 ( setahun setengah) bertukar sebelum ini dari SK Taman Tasik, Ampang, Selangor. Bertukar atas tawaran Pemangkuan DGA32, ke SMK Redang Panjang (Model Khas), Ijok, Perak sebagai Guru Penolong Kanan Rendah. Jawatan terakhir di SKSV sebagai Setiausaha PIBG dan Guru BM Tahun 6. Beliau juga sedang melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda di UPM Serdang. Selamat Maju Jaya.

Thursday, March 25, 2010

Tahniah... Selamat Maju Jaya



SK SLIM VILLAGE, 25 MAC - Alhamdulillah, GPI SKSV akhirnya sempat menyiapkan entry ini.. Beritanya juga sudah sejuk.. agak lewat disiarkan, namun bukanlah penghalang untuk penulis mengucapkan tahniah kepada yang berkenaan.

TAHNIAH! kepada En. Halin B. Othman (HBO) yang telah ditawarkan kenaikan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum di SK Proton City mulai 16 Mac 2010.

Semasa di SKSV, Cikgu HBO memegang jawatan sebagai Penyelaras Bestari. Beliau juga merupakan bekas pemeriksa kertas UPSR Sains. Sikap beliau yang 'ringan tulang' dalam menyelesaikan masalah rakan sekerja, terutama yang berkaitan komputer & alatan eletrik, pastinya akan menyebabkan ketiadaan beliau dirasai oleh hampir seluruh warga SKSV.

Untuk rekod, Cikgu HBO bertukar ke SKSV dari sebuah sekolah di daerah Hulu Perak. Pengalaman semasa sekolah-sekolah sebelum ini pastinya mematangkan beliau untuk menjalankan tugasan baru ini nanti.

Setelah kurang lebih 5 tahun di SKSV, pastinya banyak jasa yang telah dicurahkan kepada murid-murid dan juga sekolah. Penulis mewakili rakan-rakan sejawat mengucapkan terima kasih tidak terhingga di atas apa yang telah dilaksanakan sepanjang Cikgu HBO di SKSV. Budi dan jasa yang anda curahkan hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya. Semoga Cikgu HBO semakin bersemangat di sekolah baru kelak! Selamat bertugas di tempat baru, bangunan baru, kawan-kawan baru!

Asam pedas dicampur keladi,
Sedap dimakan bersama nasi,
Ikutlah seperti resam padi,
Makin tunduk makin berisi.

Masak lemak gulai cendawan,
Bersama nasi dibuat bekal,
Pahit dahulu manis kemudian,
Itulah hadiah insan yang cekal.


Berjalan kaki ke rumah bilal,
Tiada penat jaraknya dekat,
Mencari rezeki mestilah halal,
Hidup tenang penuh berkat.

Friday, January 22, 2010

Salam Perpisahan

SK SLIM VILLAGE, 22 JAN - Mulai minggu hadapan, SKSV bakal kehilangan seorang guru muda, Cikgu Amri. Beliau yang baru sahaja mendirikan rumahtangga semasa cuti sekolah yang lalu telah dapat bertukar ke sebuah sekolah di kawasan Bidor.

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar

Hutang budi dibawa mati...


Pulau pandan jauh ke tengah

Gunung Daik bercabang tiga

Hancur badan dikandung tanah

Budi yang baik dikenang jua..

Setelah lebih 5 tahun menabur bakti di SKSV, banyak jasa yang telah dicurahkan kepada murid-murid dan juga sekolah. GPI SKSV mewakili rakan-rakan sejawat mengucapkan jutaan terima kasih di atas apa yang telah dilaksanakan sepanjang Cikgu Amri di SKSV. Budi dan jasa yang tuan curahkan hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya. Semoga Cikgu Amri semakin bersemangat di sekolah baru kelak! dan.. berbahagia di sisi insan tersayang dan selamat bertugas di tempat baru!


*Catatan: Beliau pernah menyandang jawatan Setiausaha Sukan 2007, aktif dalam hal-hal berkaitan padang dan balapan. Juga kerap terbabit dalam penyediaan latarbelakang pentas untuk majlis-majlis rasmi di Dewan SKSV.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin