Showing posts with label jawatan kosong. Show all posts
Showing posts with label jawatan kosong. Show all posts

Tuesday, November 4, 2008

Kekosongan 26,000 guru diisi tahun depan -BH

Berita Harian Selasa 4 Nov 2008

PUTRAJAYA: Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kekosongan 26,000 jawatan perguruan akan tetap diisi pada tahun depan walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu sekarang.

Katanya beliau juga akan memastikan 14 sekolah yang sedang dalam pembinaan akan beroperasi sepenuhnya menjelang tahun depan.

“Apa jua usaha dan program untuk mempertingkatkan pendidikan kepada anak bangsa pasti terus dipertahankan dalam apa jua keadaan kerana pendidikan amat penting,” katanya kepada pemberita pada Hari Kualiti Kementerian Pelajaran di sini hari ini.


Pada majlis itu Hishammuddin menyampaikan Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran kepada Sekolah Menengah Teknik Taiping di Perak, berupa sijil, trofi dan peruntukan kewangan RM50,000.

Anugerah Kualiti Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran pula dimenangi Kumpulan Meningkat Mutu Kerja Jabatan Pelajaran Kelantan yang membawa pulang sijil, trofi dan peruntukan kewangan RM35,000.

Sepuluh sekolah rendah bandar diumumkan pemenang bagi kategori Anugerah Sekolah Cemerlang antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Convent, Ipoh Perak, SK Agama Miri dan Sarawak, SK (P) Sultan Ibrahim, Johor Baharu manakala kategori sekolah rendah luar bandar pula dimenangi 12 buah sekolah antaranya SK Methodist Parit Buntar, Perak, SK Sri Skudai, Johor dan SK Abang Aing, Sri Aman, Sarawak. - Bernama

Tuesday, August 12, 2008

Pengisian Jawatan Kader PPPS Pend. Islam

Maklumat ini diambil dari http://www.japim.edu.my/

Permohonan Pengisian Jawatan Kader,Kementerian Pelajaran Malaysia Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Opsyen Pendidikan Islam

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa terdapat 22 kekosongan jawatan kader bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (opsyen Pendidikan Islam) seperti yang dinyatakan di Lampiran A.Dipohon kerjasama pihak tuan agar dapat mencadangkan calon yang layak dan berminat untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut ke Bahagian ini untuk tindakan selanjutnya.

3. SESIAPA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI (US. RAMLI B. NIKMAN, 03-8884 7214 ) SELEWAT-LEWATNYA 15 hb OGOS 2008

Sekian.terima kasih.

SENARAI KEKOSONGAN JAWATAN KADER DI JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

NO

TEMPAT

GRED JAWATAN

1

Bhgn Pembangunan Pendidikan Islam (LEPAI)

DG48

2

Bhgn Pembangunan Pendidikan Islam (LEPAI)

DG41

3

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bandar Baru Bangi

DG4

SENARAI KEKOSONGAN JAWATAN KADER DI JABATAN PENJARA MALAYSIA

NO

TEMPAT

GRED JAWATAN

1

Sekolah Henry Gurney,Keningau,Sabah

DG4

SENARAI KEKOSONGAN JAWATAN KADER DI JABATAN AGAMA ISLAM WPKL

NO

TEMPAT

GRED JAWATAN

1

Cawangan Akademik,Bhgn Pelajaran,JAWI KL

DG41

2

CAwangan Pembangunan Guru,Bhgn Pelajaran,JAWI KL

DG41

3

Cawangan Kurikulum dan Ko-Kurikulum,Bhgn Pelajaran,JAWI KL

DG41

4

Cawangan Kurikulum dan Ko-Kurikulum,Bhgn Pelajaran (Unit Peperiksaan dan Penilaian),JAWI KL

DG41

5

Cawangan Naziran,Bahagian Pelajaran

DG41

SENARAI KEKOSONGAN JAWATAN KADER DI KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

NO

TEMPAT

GRED JAWATAN

1

Advance Technology Center,Kulim,Kedah

DG41

2

Advance Technology Center,Melaka

DG41

3

Advance Technology Center,Shah Alam,Selangor

DG41

4

Institut Latihan Perindustrian Bukit Katil,Kedah

DG41

5

Institut Latihan Perindustrian Ipoh,Perak

DG41

6

Institut Latihan Perindustrian Jitra,Kedah

DG41

7

Institut Latihan Perindustrian Kangar,Perlis

DG41

8

Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu,Sabah

DG41

9

Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan,Sarawak

DG41

10

Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu,Terengganu

DG41

11

Institut Latihan Perindustrian Labuan,Sabah

DG41

12

Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang,Johor

DG41

13

Institut Latihan Perindustrian Pedas,Negeri Sembilan

DG41

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin