Wednesday, March 31, 2010

Gambar Hari Kantin

Gerai Panitia Pendidikan Islam..


Aiskrim... Gerai Panitia Matematik.
DJ Corner : TANGGA FM


Gaya seorang peniaga air...

Carta Organisasi 2010

Tuesday, March 30, 2010

Motivasi Anjuran MGB Kelompok 5

Nama Program: Motivasi Kepimpinan & Penghayatan Solat

Tarikh: 2 & 3 April 2010

Masa : Mulai 6.00 petang 2 April hingga 8.00 pagi 3 April 2010

Tempat : Masjid Sultan Idris Shah 2, Slim River.

Yuran: RM 15 seorang.

Anjuran: MGB SK Kelompok 5, Slim River, Daerah Batang Padang, Perak.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Objektif:

  1. Mempertingkatkan daya kepimpinan melalui penghayatan solat
  2. Menganalisis sikap diri sendiri
  3. Kesedaran untuk berubah ke arah kecemerlangan
  4. Menyedari sikap, pemikiran dan perlakuan diri yang negatif.
  5. Mempunyai keinginan untuk berubah ke arah positif
  6. Mengamalkan strategi dan teknik untuk kesedaran dan berubah.
  7. Memiliki sikap, pemikiran dan perlakuan baru cemerlang.

~~~~~~~~~~~~~~~

Penceramah Motivasi:
Tn. Hj. Ahmad Fadzil B. Mohamad @ Dasuki
Pegawai Dakwah, SPIM JPN Perak.

~~~~~~~~~~~~~~~

Pengendali Qiyamulail:
Al-Fadhil Tuan Imam Putra Al-Hafiz

Friday, March 26, 2010

Esok Hari Kantin ...

Insya Allah, esok 27 Mac 2010 (SABTU) SKSV akan mengadakan Hari Kantin... Semua pembaca blog ini yang tinggal berhampiran dijemput hadir. Jualan bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tgh dan semua urusniaga adalah secara kupon. Setiap buku kupon bernilai RM5.00.





Antara jualan lain:

Panitia BM: Rojak Buah, Buah-buahan Potong.
Panitia Math & Sains : Burger & Air Kotak
Panitia B.I: ?
Pentadbiran: Nasi Lemak & Teh Tarik

Acara Lain:
* Rumah Hantu
* Jualan Baju Bundle
* Permintaan Lagu
* Wayang Pacak.

Thursday, March 25, 2010

Tahniah... Selamat Maju Jaya



SK SLIM VILLAGE, 25 MAC - Alhamdulillah, GPI SKSV akhirnya sempat menyiapkan entry ini.. Beritanya juga sudah sejuk.. agak lewat disiarkan, namun bukanlah penghalang untuk penulis mengucapkan tahniah kepada yang berkenaan.

TAHNIAH! kepada En. Halin B. Othman (HBO) yang telah ditawarkan kenaikan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum di SK Proton City mulai 16 Mac 2010.

Semasa di SKSV, Cikgu HBO memegang jawatan sebagai Penyelaras Bestari. Beliau juga merupakan bekas pemeriksa kertas UPSR Sains. Sikap beliau yang 'ringan tulang' dalam menyelesaikan masalah rakan sekerja, terutama yang berkaitan komputer & alatan eletrik, pastinya akan menyebabkan ketiadaan beliau dirasai oleh hampir seluruh warga SKSV.

Untuk rekod, Cikgu HBO bertukar ke SKSV dari sebuah sekolah di daerah Hulu Perak. Pengalaman semasa sekolah-sekolah sebelum ini pastinya mematangkan beliau untuk menjalankan tugasan baru ini nanti.

Setelah kurang lebih 5 tahun di SKSV, pastinya banyak jasa yang telah dicurahkan kepada murid-murid dan juga sekolah. Penulis mewakili rakan-rakan sejawat mengucapkan terima kasih tidak terhingga di atas apa yang telah dilaksanakan sepanjang Cikgu HBO di SKSV. Budi dan jasa yang anda curahkan hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya. Semoga Cikgu HBO semakin bersemangat di sekolah baru kelak! Selamat bertugas di tempat baru, bangunan baru, kawan-kawan baru!

Asam pedas dicampur keladi,
Sedap dimakan bersama nasi,
Ikutlah seperti resam padi,
Makin tunduk makin berisi.

Masak lemak gulai cendawan,
Bersama nasi dibuat bekal,
Pahit dahulu manis kemudian,
Itulah hadiah insan yang cekal.


Berjalan kaki ke rumah bilal,
Tiada penat jaraknya dekat,
Mencari rezeki mestilah halal,
Hidup tenang penuh berkat.

Monday, March 22, 2010

2 program besar minggu ini

1. Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 34
SK Slim Village
Tarikh : 24 Mac 2010 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan SKSV
Perasmi: Dr. Anurrdin Abdul Ghani, Universiti Malaya KL.

* Semua ibubapa/guru dijemput hadir.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


2. Hari Kantin SKSV
Tarikh : 27 Mac 2010 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi - 1.30 tgh
Tempat : sekitar kawasan sekolah..
* Semua ibubapa/guru dan penduduk kampung berhampiran dijemput hadir.

Antara yang menarik:
* Gerai Jualan
* Jualan Baju Bundle
* Cabutan Bertuah
* Permainan Sains
* Rumah Hantu
* Permintaan Lagu (termasuk Nasyid)

Thursday, March 11, 2010

Wednesday, March 10, 2010

Sayangi Diri bersama LPPKN


Slim River 10 Mac 2010 - Bertempat di Makmal Komputer SK Slim Village, telah berlangsung satu Bengkel "Sayangi Diri @ LPPKN" selama dua hari berturut-turut. Program anjuran bersama Unit Kaunseling SKSV dan Unit Kaunseling LPPKN Caw. Tg. Malim ini mensasarkan kepada murid Tahun 6 di sekolah ini.

Program ini dijalankan secara berasingan mengikut jantina iaitu hari Selasa bagi Murid Perempuan dan hari Rabu untuk Murid Lelaki. Bengkel ini dikendalikan oleh Cik Aidamurni Abd Rashid, yang juga merupakan Fasilitator Bertauliah dari LPPKN.

Antara objektif program ialah:

1. Memberi maklumat kepada murid hal-hal berkaitan perkembangan awal remaja dan perihal keselamatan seksualiti / fizikal diri.
2. Memberi maklumat dan kemahiran bertindak terhadapa emosi diri
3. Melatih murid kemahiran menjadi tegas
4. Memberi maklumat dan membantu murid membentuk jaringan sistem sokongan

Semoga program ini memberikan 1001 manfaat buat murid yang terbabit.

Tuesday, March 9, 2010

Soalan Ujian Bahasa Arab

Berikut adalah koleksi terkini Soalan Ujian Bahasa Arab jQAF Tahun 1- Tahun 5 bagi Ujian Bulan Mac 2010.



* Terima kasih kepada Ustazah Ida kerana sudi menyumbang

Monday, March 8, 2010

Guru Tambahan Pendidikan Islam

Panitia Pend. Islam SK Slim Village telah menerima seorang Guru Sandaran Tidak Terlatih (Pendidikan Islam) mulai pertengahan bulan Februari 2010.

Guru tersebut adalah Cik Rabiatul Adawiyah Bt. Khamid. Beliau merupakan lepasan Sekolah Izuddin Shah Ipoh. Buat masa ini, beliau ditugaskan sebagai Guru Beredar di SJKT Trolak.

Maaf kerana berita ini agak lewat untuk disiarkan.

Friday, March 5, 2010

Bersama Menteri Pelajaran

MAJLIS PERJUMPAAN WARGA PENDIDIK DAERAH BATANG PADANG BERSAMA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

Tarikh: 6 Mac 2010
Tempat: Dewan Utama,
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH Behrang.

Masa: 8.00 pagi


Sekolah-sekolah yang berkaitan:

- SMK Agama Slim River
- SMK Dato' Zulkifli Muhammad
- SM Teknik Slim River
- SK Aminuddin Baki
- SK Slim River
- SK Sungai Behrang
- SJK (C) Chin Hua
- SJK (C) Ho Pin
- SJK (C) Phin Min Behrang Stesen
- SJK (C) Behrang Ulu
- SJK (T) Slim River
- SJK (T) Slim Village
- SJK (T) Ladang Behrang River

Harap maklum.

Tuesday, March 2, 2010

Isi Data secara Online segera!

Perhatian kepada:
Ketua Panitia Pendidikan Islam SR dan SM seluruh negeri Perak.


Tugas anda (baca: kita semua) adalah untuk mengisi, mengemaskini data kelas, murid dan guru Pendidikan Islam sekolah masing-masing di portal Sektor Pendidikan Islam JPN Perak.

Tarikh: 1 Mac hingga 5 Mac 2010.

Kata ID Pengguna dan Password ada dikirimkan ke sekolah masing-masing.

Layari: http://www.pelajaranperak.gov.my/spi_online untuk mengisi data pada kadar segera.

Monday, March 1, 2010

Pemenang Kuiz Maulidurrasul 143H

Berikut adalah keputusan rasmi senarai pemenang Kuiz Maulidurrasul yang telah diadakan pada 25 Feb. 2010 bersamaan 11 Rabiulawal 1431H yang lalu.

Kategori Tahun 1 + Tahun 2
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pertama:
1. Fatin Nur Aliah
2. Nur Laila

Kedua:
1. Nur Fareny
2. Inson Asnida

Saguhati 1 :
1. Nazatul Faiqah
2. Nur Razanah

Saguhati 2 :
1. Jasnita Irdayu
2. Siti Aminah


Kategori Tahun 3 + Tahun 4
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pertama:
1. Nur Afifah Insyirah
2. Nur Farizatul Zafrisha

Kedua:
1. Nur Hanim
2. Nur Shahira

Saguhati 1 :
1. Nur Azizir
2. Inson Suraya

Saguhati 2 :
1. Muhammad Zamani
2. Amirul Azizat

Kategori Tahun 5 + Tahun 6
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pertama:
1. Mohd Ieman Asnawi
2. Raizil Haidie Shamsuddin

Kedua:
1. Aqilah Mohamed Basri
2. Noraini Zulkifli

Saguhati 1 :
1. Mohd Kameel Hakimi Amrizal
2. Ahmad Faiz Zafran Ahmad Fazli

Saguhati 2 :
1. Syadiyah Nazahah Shahrul
2. Nurul Jannah Jamaluddin

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin